Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Perlu Agresif Menangi...

MIRI – Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu berusaha habis-habisan untuk memenangi...

ANGKASA Kaji Wujudkan Akta...

KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sedang mengkaji untuk mewujudkan Akta Pencemaran...

Pemuda UMNO Sasar 700,000...

KUALA LUMPUR –  Pemuda UMNO berazam menjadikan tahun 2015 sebagai tahun penambahan keahlian...

Sanggup Kesejukan Demi Sambut...

PERAYAAN pelik "Hari Tanpa Seluar" yang pernah disambut 15 tahun lalu kini kembali diamalkan di...

SEBARKAN: Hati-Hati Jika Terima Panggilan Dari 039285****

Walau pun kes tipu menggunakan panggilan telefon sudah terlalu sering berlaku namun ada sahaja mangsa yang terpedaya dengan sindiket ini.

Puncanya mereka sangat licik dan tampil dengan pelbagai modus operandi yang boleh meyakinkan orang ramai.

Di bawah adalah kes terbaru dikongsikan individu yang nyaris tertipu.

Berdasarkan komen pembaca di bawah ternyata ia memang benar berlaku dan cuba menjadikan mereka mangsa, jadi tak mustahil anda akan turut menerima panggilan dari nombor ini.

komen

Bacalah cara terbaru sindiket menipu guna panggilan telefon di bawah dan kemudian, sebarkannya untuk kebaikan bersama. – MYNEWSHUB.CC

……………………………………………………………………………….

4:16PM, 10/09/2014] Hjh Roslinda Tajul Ariffin

Assalamualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati utk tak buat spt apa yg disuruh… Harap dapat baca sepenuhnya..kerana ini pengalaman saya sebentar tadi..dan bukannya copy paste dr mana2 group..

Ok..this is how it happened

9.30 – terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233..mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan,batalkan atau bercakap dgn operator, saya pilih utk bercakap dgn operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama ‘Danny’ bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan no.ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mrk yg saya tak oernah ada sebarang akaun dgn RHB.Mula2 saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau utk disemak akan status dgn kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan no.ic.

Kemudian, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya yg kad kredit RHB VISA GOLD CARD telah dimohon atas nama saya di RHB Bukit Bintang pada 1/7/2014. Tunggakan sebanyak RM6320 dan maklumat ttg bil telah dihantar ke alamat berikut : No.20, Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama. (Saya baru check selepas kejadian dan ini alamat company CleanPro Sdn Bhd).


Saya mula panik dan saya minta dia batalkan kredit kad tersebut memandangkan memang sah bukan milik saya. Katanya transaksi telah dibuat di KLIA pagi dan ia akan dibatalkan.Kad kredit tersebut akan dibekukan tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Bank Negara atas laporan maklumat peribadi saya telah dicuri.

Kemudian, pegawai tersebut menyambungkan saya kepada rangkaian Bank Negara bahagian siasatan utk tindakan seterusnya.Tetapi sebelum itu, pegawai tersebut telah dapatkan semua maklumat tentang perihal banking saya (berapa kad kredit yang masih aktif, akaun apa yg aktif, asb, akaun anak2, company acct dan sebagainya). Katanya data tersebut diperlukan untuk lodge report pada bank negara. Atas sebab saya mahu kes ink diselesaikan dengan segera, saya telah beri maklumat bank apa dan jumlah anggaran di dalam akaun tersebut tetapi bukannya no.akaun dan no.pin. Semua perbualan tersebut katanya telah dirakam untuk bukti mahkamah kelak dalam membantu kes siasatan kecurian maklumat peribadi saya ini.

Setelah selesai, saya diberikan satu no. kes PKP100221B. Saya juga telah ditanya -ada sesiapa yang disyaki dan tolong jangan sebarkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk tidak menjejaskan siasatan. Saya juga dinasihatkan agar beri maklumat yang sahih dan jangan terlibat dalam pemalsuan apa2 data kerana hukumannya sangat berat mengikut akta yang disebutkan. Setelah selesai, saya diberitahu, seorang pegawai siasatan bank negara akan hubungi saya dan minta saya beri no.kes.Saya kemudian tamatkan perbualan saya dengan pegawai RHB bank tersebut. Selang 5 minit, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dr bank negara bernama felix untuk siasat kes saya. No.tel 0321760366.

Saya telah diminta untuk beri no.kes. Kemudian, dia memberitahu saya siasatan penuh akan dijalankan dalam masa 3 hari dan saya tidak boleh membuat apa2 transaksi perbankan sepanjang tempoh tersebut untuk tidak menganggu siasatan. Semua maklumat perbankan saya juga katanya akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara selama 3 hari siasatan tanpa apa2 bayaran tambahan.Polisi tersebut diperlukan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa2 kerugian di pihak saya dalam tempoh siasatan dijalankan. Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun2 saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya.

Hanya perlu tinggalkan RM50 bagi setiap akaun yang lain.Selebihnya perlu di letakkan ke dalam akaun simpanan saya yang kebetulan di Maybank. Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan. Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan yang melibatkan akaun simpanan asb dan asw anak2 saya. Talian telefon tidak dimatikan kerana katanya sgt urgent, so pegawai tersebut akan tunggu di talian sehingga saya pindahkan kesemuanya ke dalam satu akaun.

Selepas dptkan buku2 akaun tersebut, saya bergegas semula ke Maybank berhampiran, saya diminta untuk mengambil no.dan memberitahu kepada pegawai bank negara tersebut berapa no lagi di depan, kaunter berapa dan pegawai yg bertugas. Setelah isi borang, saya ambil no dan tunggu di kaunter sementara pegawai bank negara tersebut menunggu di talian. Sewaktu itu, saya no 2056 dan ada 4 no di dpn saya. Tetapi saya tergerak hati dan timbul keraguan bila pegawai tersebut memaklumkan kepada saya , sekiranya pegawai bank tanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa2 dan hanya cakap ianya kes kecemasan.

Saya juga ada bertanya, boleh kah saya simpan semua sebagai cash dan tidak memasukkan ke dalam akaum simpanan tersebut, tetapi dia kata tak boleh kerana nanti tak dapat nak aktifkan polisi tersebut.Ada tinggal satu no saja lagi di depan, saya tergerak hati untuk check website bank negara. Pada awalnya, saya dah start ragu kerana memang no.telefon berbeza dan memang apa yang disebutkan dalam unauthorised debit and credit card adalah sama modus operandinya dgn apa yang saya sedang hadapi.

Saya tak sedap hati dan terus keluar dari bank dan menamatkan panggilan. Pegawai tersebut cuba call saya berkali2 tetapi saya tidak angkat. Saya hubungi no. telefon bantuan/aduan bank negara 1300885465 dan menanyakan tentanga apa yang telah saya hadapi, pegawai tersebut terus menanyakan saya-adakah saya telah buat apa2 transaksi?bila saya katakan belum, dia pun bunyi sangat lega dan katanya itu adalah modus operandi scam masa kini dan dah ramai yang terkena.tetapi selalunya selepas buat transaksi, baru nak hubungi bank negara untuk tanya kesahihan.

Oleh kerana saya tak beritau apa2 maklumat tentang no akaun dan tidak buat apa2 transaksi lagi, katanya masih terselamat tetapi disyorkan untuk buat laporan polis dan tolong sebarkan hal ini kepada umum sebagai peringatan.

JADI SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT BANTU SAYA UNTUK SEBARKAN CERITA DARI.. PENGALAMAN SEBENAR SAYA INI..KEPADA AHLI KELUARGA, RAKAN TERDEKAT DAN SESIAPA SAHAJA..Agar kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungannya. Terima kasih. Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulillah..

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori