Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sarawak Mampu Jadi Tuan...

PENGANJURAN Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang berjalan lancar setakat ini termasuk kejayaan upacara...

Maria Chin Sahkan ‘Bersih...

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan perhimpunan Bersih 5 bakal berlangsung pada...

Bekas CEO Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia...

Cerita Unik Masjid Moscow,...

MOSCOW - Ada menyebutnya sebagai Masjid Cathedral kerana seni binanya hampir menyerupai gereja...

Selepas DAP, PKR Pula Hari Ini Minta Maaf Pada Sultan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mencadangkan hanya satu nama calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baharu di negeri ini.

Tindakan itu dilakukan selepas rakan sekutunya, DAP melakukan perkara yang sama, pagi Selasa.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR dan Pakatan Rakyat tegak di atas prinsip keluhuran Perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam (Isnin), pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

“PKR mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan raja Melayu dan institusi raja berperlembagaan,” katanya menerusi satu kenyataan media, Selasa.

Anwar berkata, pendirian yang sama juga telah ditegaskan dalam surat-surat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor.
Sementara itu, dalam kenyataan media yang sama Anwar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyerang PKR kerana menghantar satu nama, sama seperti yang diamalkan BN dalam sejarah pemerintahannya.


Katanya, kenyataan Najib pada Isnin juga adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

“Datuk Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan Umno sejak negara merdeka 1957, Umno dan Perikatan, dan kini BN hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

“Selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan kerajaan BN dan tidak menyerang PKR kerana mematuhi amalan yang sama,” katanya.

Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan terhadap PKR dan DAP kerana menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor walaupun diminta mencalonkan lebih dari dua sejak awal lagi.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori