SELEPAS sekian lama menangguhkan majlis perkahwinannya, akhirnya pelakon cantik, Elly Mazlein akan diijabkabulkan dengan tunangnya, pengarah Azmi Hatta pada 9 November ini.
Tahniah ‘in advance’ diucapkan buat pasangan ini yang sebelum ini berdepan kontroversi dan gosip liar yang mengatakan mereka sudah putus tunang.
Memetik sumber Media Hiburan, Elly pada awalnya sudah menetapkan untuk bernikah pada bulan ini, namun terpaksa menundakannya atas sebab-sebab tertentu.
Elly bagaimanapun hanya akan mengadakan majlis pernikahan sahaja tanpa majlis resepsi demi menghormati pemergian ibunya yang telah meninggal dunia pada 11 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: AUDREY LEE