KUALA LUMPUR – Berikut senarai 17 kes Mesin Teler Automatik (ATM) yang digodam dipercayai sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas, yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun setakat ini tiada pemilik akaun bank melaporkan kehilangan wang mereka.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
ATM di Jalan Imbi; 28 Sept; Kerugian RM92,900
Di Selangor:
ATM di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya; 27 Sept; Kerugian RM303,000
ATM di Seksyen 14, Petaling Jaya; 29 Sept; Kerugian RM395,850
ATM di Dataran Sunway, Petaling Jaya; 29 Sept; Kerugian RM221,160
ATM di USJ Subang Jaya; 27 Sept; Kerugian RM265,600
ATM di Kota Damansara; 29 Sept; Kerugian RM285,700
ATM di Kelana Jaya; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
ATM di Klang; 29 Sept; Kerugian RM150,000
ATM di Puchong; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
ATM di Shah Alam; 29 Sept; Kerugian RM116,000
ATM di Kajang; 29 Sept; Kerugian belum diketahui
Di Johor Baharu:
ATM di Johor Baharu; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
ATM di Taman Molek; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
ATM di Batu Pahat; 27 Sept; RM265,000
ATM di Kluang; 29 Sept; RM288,200
Melaka:
ATM di Melaka Raya; 27 Sept; Kerugian belum diketahui
ATM di Bandar Hilir; 27 Sept; Kerugian RM232,770 – BERNAMA