Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

NGO Felda Dakwa FGV...

KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan NGO Felda mendakwa bahawa Felda Global Ventures Holdings...

Mahkamah Arah Hukuman Mati...

BIASANYA kita selalu dengar kes jenayah berat melibatkan manusia akan berakhir dengan hukuman...

Robert Rizal: Bunuh 5...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TAHUN 1973 bukan sahaja menjadi tempoh yang mencabar buat...

SC Beri Amaran Penipuan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Isnin memberi amaran kepada orang...

Seorang Maut, 2 Parah Kereta Rempuh Kenderaan Lain

BELURAN – Seorang maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah kenderaan lain di Kilometer 39 Jalan Beluran-Telupid, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Salinah Saraman, 48, penumpang kereta itu meninggal dunia di Hospital Beluran, akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Pemandunya, Philip Ampong@Robin, 52, dan penumpang belakang Sulumia Sulumon, 46, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Beluran, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Sivanathan, kejadian berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dari arah Sandakan menuju ke Telupid, melanggar belakang sebuah kenderaan lain di satu selekoh sebelum terbabas.


Pemandu kenderaan itu, bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya selepas kejadian itu, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kenderaan tersebut diminta tampil membantu siasatan polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori