Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Facebook Kini Gunakan HTML5...

PENGGUNAAN Adobe Flash semakin menurun dari hari ke hari, apatah lagi dengan sokongan...

Telapak Tangan Budak Berkecai...

Setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal, antara berita yang 'wajib' dilaporkan adalah...

Anggota Bomba Sukarela Selamat...

KUCHING - Seorang pekerja syarikat SESCo Berhad yang terjatuh ke dalam sungai di...

Harga Kepala Salman Rushdie...

HARGA kepala penulis buku yang menghina Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Salman Rushdie telah diperbaharui...

Setengah Juta Kanak-Kanak Gaza Kini Kembali Ke Sekolah

KIRA-KIRA setengah juta kanak-kanak Gaza yang menunda penggal baru persekolahan mereka berikutan keganasan Israel sepanjang 50 hari pada Julai dan Ogos lalu,mula kembali bersekolah.

Memetik laporan Harian Metro, pegawai Kementerian Pelajaran Gaza, Ziad Thabet berkata, ia membabitkan 230,000 pelajar sekolah kerajaan, 200,000 pelajar sekolah yang ditadbir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan puluhan ribu lagi yang belajar di institusi swasta.

Pembukaan penggal baru itu ditunda selama dua minggu kerana kerosakan pada bangunan sekolah serta penggunaan bangunan sekolah PBB untuk menempatkan ribuan penduduk yang hilang tempat kediaman.

Israel membunuh lebih 2,100 penduduk Gaza dan merosakkan ratusan sekolah sepanjang melancarkan keganasan itu.

Ziad berkata, sekolah kerajaan diarah memberi kaunseling psikologi dan mengadakan aktiviti rekreasi sepanjang minggu pertama ini bagi membantu mengembalikan keyakinan kanak-kanak yang terjejas akibat keganasan Israel itu.

“Kami memberi latihan khas kepada lebih 11,000 guru, pengetua dan pentadbir mengenai cara menangani pelajar selepas perang,” katanya.


Menurutnya, 26 sekolah musnah sama sekali sementara 232 mengalami kerosakan teruk akibat serangan Israel.

Pembiayaan kerajaan untuk pelajaran masih lembap dengan ketiadaan peruntukan untuk perbelanjaan operasi sejak pembentukan kerajaan perpaduan antara Hamas, kumpulan yang mentadbir wilayah itu dengan Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat, awal tahun ini.

Agensi bantuan Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyumbang 130,000 beg sekolah dan peralatan mengajar untuk sekolah kerajaan.

Lebih 2,100 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam, termasuk ratusan kanak-kanak dalam keganasan terbaru Israel itu, yang ketiga dalam tempoh lima tahun. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori