Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ziarah Raya: Norman, Abby...

AMPANG - Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim...

Menteri Tak Jawab Soalan...

KUALA LUMPUR - Takiyuddin Hassan membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui...

Bos PNB Dedah Bahaya...

MUNGKIN ramai maklum dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mahu hapus cukai barang dan...

JKR Aktifkan Bilik Gerakan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan...

Shalwati Norshal Bebas Dari Penjara Semalam

Warga Malaysia, Shalwati Norshal, 46, nyata gembira dan bersyukur selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden hari ini.

Shalwati merupakan isteri kepada Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalludin, 38, yang mana kedua-duanya didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm di atas tuduhan mencabuli integriti anak mereka sejak September 2010 hingga Disember tahun lalu.

“Syukur, semua sudah berakhir,” kata Shalwati yang ditemui sebaik melangkah keluar dari tirai besi menurut laporan laman web Harian Metro.

Dia jelas tidak sabar untuk kembali ke Malaysia untuk bersama pangkuan keluarga selepas berpisah sejak Disember tahun lepas.

Shalwati melangkah keluar dari penjara pada pukul 9.35 pagi (3.35 petang waktu Malaysia) dengan memakai kot hitam dan seluar denim biru.


Ibu kepada empat anak itu disambut oleh kakaknya, Noor Azila Makhzan, 52, yang tiba di penjara berkenaan 15 minit sebelum Shalwati dibebas.

Suaminya, Azizul menjalani hukuman penjara selama tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atasnya dan 14 bulan ke atas isterinya.

Anak-anak pasangn itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Ariff, 7, kini berada di Malaysia dijaga oleh keluarga dan Azizul selepas diserahkan kerajaan Sweden kepada pihak Kedutaan Malaysia pada 30 Januari lepas. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori