KATA orang, kalau nak jadi artis, kesabaran kena ada pada tahap tertinggi.
Apa tidaknya, silap dalam tutur kata dan perlakuan, memang jadi bahan ceritalah jawabnya.
Tapi, harus diingat bahawa artis pun manusia yang punya hati dan perasaan.
(Penyakit Aneh Bolehkan Lelaki UK Ini Klimaks 100 Kali Sehari – KLIK)
Dek kerana itulah pelakon Sharifah Sakinah memerli seorang pengikut di akaun Instagramnya dengan ayat yang boleh tahan pedasnya.
Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaik oleh pelakon yang kemudiannya mengundang komen biadap daripada pengikut tersebut.
Dalam hal ini, kami tidak salahkah Sakinah 100 peratus kerana mungkin dia sedang ‘menyirap’ ketika membaca komen tersebut.
Tapi, rasanya selepas ini, tak perlu balas komen biadap seperti itu. Hanya padam dan sekat terus, senang!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC