APA kes ni? Shila Amzah seolah-olah menyokong kenyataan bahawa sebahagian besar media berbahasa Melayu  tidak memberi sokongan padanya ketika menjayakan sebuah konsert meganya yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Walaupun bukan Shila yang menulis kenyataan tersebut, tetapi tindakannya ‘repost’ kenyataan tu secara tidak langsung menunjukkan dia bersetuju dengan kata-kata oleh admin shilaamzah_photography ni.
“By @shilaamzah_photography “First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila’s first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than….. Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia” via @PhotoRepost_appâ€Â.
Hai, takkanlah Shila dah lupa segala sokongan, publisiti dan promosi yang telah diberikan media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini?
Mentang-mentang dah jadi satu nama besar di China serta mencipta fenomena yang tersendiri terus lupa daratan dengan asal-usulnya satu ketika dulu ketika mahu mencipta nama dalam industri seni tempatan.
Menurut sumber Gua, bukan media berbahasa Melayu tidak mahu membuat liputan, tetapi memang tidak ada langsung jemputan daripada pihak Shila mahupun pihak pengurusannya sendiri yang dilayangkan buat media-media tersebut.
Bak kata orang, kalau tuan rumah tak menjemput, takkan kita terhegeh-hegeh nak pergi kan..
Diharapkan Shila dapat muhasabah diri, entah-entah ada kesilapan daripada pihaknya yang mungkin terlepas pandang kerana mustahillah media berbahasa Melayu tidak mahu memberikan liputan terhadapnya apatah lagi Shila sendiri telah membanggakan nama Malaysia di mata dunia apabila berjaya mencipta nama di negara China yang sememangnya diketahui susah untuk ditembusi oleh penyanyi dari negara luar.
Hai, macam-macam.. – MYNEWSHUB.CC
ÂÂ