TERNYATA pelakon Hanez Suraya masih belum mampu memperolehi ‘ketenangan’ sejak terjebak dengan cinta suami orang.
Caci-maki dan tomahan daripada masyarakat seakan-akan sudah menjadi makanannya sehingga menjejaskan sedikit perjalanan dalam karier seninya.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Hanez memuatnaik nota yang berbunyi:
Senang cerita, ada lagi yang masih gigih berusaha untuk menjatuhkan reputasi pelakon itu di mata peminat.
Hmm, kami tak pasti gambar dan ‘post’ bagaimana yang dimaksudkan oleh Hanez itu.
Namun, kami nasihatkan agar individu tersebut tidak lagi bertindak demikian kerana takut tak pasal-pasal, sampai pula surat saman ke rumahnya.
Yalah, sebelum ini pun Hanez Suraya dan kekasihnya pernah menfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS), apatah lagi kalau orang biasa seperti si pengutuknya itu…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC