Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saya ‘Straight’ Tau, Sumpah...

PERKONGSIAN foto imbas kembali (throwback) pelakon Nadzmi Adhwa ketika dia berusia belasan tahun...

Tiga ‘Anak Dara’ Nombor...

PENAMPANG - Tiga ‘anak dara’ dicekup polis selepas didapati terbabit dengan aktiviti penjualan...

5 Bot Nelayan Ditahan...

BACHOK - Jabatan Perikanan Kelantan menahan lima bot pukat tunda nelayan tempatan yang...

Bapa Durjana Dipenjara, Ajak...

SEORANG lelaki dari Cornwall, England dihukum penjara selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia...

Simon Cowell Selamatkan Peserta X Factor Daripada Dipecat Majikan

SEORANG peserta X Factor, Kerrianne Covell, 23, terselamat daripada dibuang kerja selepas Simon Cowell menghubungi majikannya dan merayu agar Covell tidak dibuang kerja hanya kerana dia menghadiri uji bakat program berkenaan.

Menurut Covell, dia telah dipecat daripada dua pekerjaan sebelum ini selepas terlepas waktu kerja kerana menyertai program nyanyian lain.

Dia yang bekerja di Foot Locker di Middlesbrough itu sebelum ini telah diberikan amaran oleh bosnya.

Memikir nasib Covell ditangannya, Cowell kemudian terus menghubungi majikan wanita itu.

“Hell, ini Simon Cowell. Saya menghubungi anda untuk meminta maaf kerana Covell tidak dapat bekerja hari ini.


“Dia berjaya masuk ke pusingan seterusnya tetapi mahu bekerja di situ dalam masa terdekat.

“Kalau dia berjaya dalam pusingan ini, dia kemungkinan tidak perlu bercakap dengan awak lagi. Saya harap ia ok. Hubungi saya,’’ itu mesej yang ditinggalkan oleh Cowell kepada telefon bimbit majikan Covell.

Dalam pada itu, jurucakap Foot Locker mengesahkan bahawa Covell tidak dipecat atau kehilangan pekerjaan malah syarikat itu memberikan sokongan penuh kepadanya dalam perjalanan dalam X Factor.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori