Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Fesyen Glamor Selebriti Di...

KEPUTUSAN Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM) sudah pun diumumkan semalam yang mana filem...

Ahli UMNO Akan Putus...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan terus menjadi Presiden...

Tony Fernandes Baca Buku...

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencetuskan kekaguman di Instagram...

150 Tong Gas Cuba...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar...

Soalan UPSR Bocor: Beberapa Individu Dikenal Pasti

PUTRAJAYA – Beberapa individu dan empat lokasi ‘hotspots’ telah dikenal pasti berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkembangan itu berdasarkan siasatan awal polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pendidikan.

“Kita berharap dalang yang terlibat dan tidak bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin dan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya,” katanya dalam sidang media berkaitan kebocoran kertas peperiksaan UPSR di sini Jumaat.

Beliau juga enggan mengulas serta membuat andaian awal sama ada terdapat orang dalam yang terlibat dalam insiden itu kerana mahu pihak polis dan SKMM menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu.


Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori