HANYA akan berlakon di bawah produksinya sahaja. Itulah gambaran ‘rajuk’ pelakon Sofi Jikan selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam industri seni tempatan.
Menurutnya, tidak banyak benda yang berubah dari mula dia berkecimpung sehingga kini, memetik Sinar Harian.
Sekitar hujung tahun lalu, Sofi pernah membuat kenyataan mengenai kekecewaannya apabila kebajikan pelakon dan karya penggiat seni semakin diabaikan.
Dia turut terkilan apabila kerap diberikan watak remeh selain bayaran yang tidak berpatutan.
“Saya baharu sahaja menerima geran dari Perbadanan Filem Nasional (Finas) berjumlah RM400,000 untuk menyiapkan filem Gangster Rock Kasi Sengat dengan usaha sama Serina Redzuan dan Yusuf Kelana.
“Bagi saya geran itu adalah satu amanat buat saya untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Namun jika ada tawaran dari produksi tempatan lain, saya tidak akan menerimanya.
“Selama ini, pelbagai perit jerih telah saya lalui dengan produksi tempatan. Malah ada yang menggugurkan nama saya pada saat akhir setelah hampir setahun mereka ‘block’ jadual saya.
“Jadi bila mendapat peluang seperti ini, tidak mungkin saya lepaskan,†jelas Sofi.
Hai, apa nak buat. Industri seni kita bukannya macam Hollywood.
Semakin senior seorang pelakon itu, semakin tinggi mereka diangkat oleh pihak produksi termasuklah dari segi bayaran, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC