Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DBKL Sediakan Kabin Bantu...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kemudahan kabin bagi...

Mahathir Kecewa Exco Johor...

KETIKA 10 exco Johor mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar...

Episod Awan Hitam Sudah...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) berjanji memberi sokongan kepada dasar baharu yang...

Seramai 250 Pelajar Tahfiz...

PUTRAJAYA - Seramai 250 pelajar tahfiz daripada 2,697 pelajar tahfiz yang disaring disahkan...

SPRM Periksa Sistem Kerja Jabatan Kastam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik pendirian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk melakukan rombakan besar-besaran ke atas 13,000 pegawai dan anggota dan pegawainya di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SRPM, Datuk Mohamed Yusoff Akope berkata, langkah proaktif itu dapat memantapkan pengurusan pihak berkuasa berkenaan selain memelihara integriti kakitangan jabatan tersebut.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan ke atas sistem dan tatacara kerja berkaitan pengurusan dan penguatkuasaan barangan bebas cukai oleh JKDM di Zon Bebas Cukai susulan Operasi Khas SPRM baru-baru ini.

“Bahagian ini juga telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bersama JKDM di enam zon sejak awal tahun ini. Bengkel terakhir yang melibatkan zon tengah telah selesai diadakan pada minggu lalu.


“Bengkel ini memberi penekanan ke atas sistem dan prosedur penguatkuasaan keluar masuk barang di pintu-pintu masuk utama negara iaitu pelabuhan, sempadan dan lapangan terbang, yang telah diwartakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Yusoff berkata, SPRM juga bersedia untuk terus memberi khidmat nasihat kepada JKDM susulan Operasi Khas yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, SPRM yakin langkah itu akan membantu JKDM mengatasi kes-kes penyeludupan yang mendapat perhatian banyak pihak sekarang. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori