WALAUPUN memegang status sebagai anak kepada Menteri Kabinet namun ketika di zaman kanak-kanaknya, Gadaffi Ismail Sabri juga tidak pernah terlepas mengharungi memori manis seperti kanak-kanak lain.
Menurut kakak Dafi, Nina Sabrina, 27, yang memang sangat rapat dengan adiknya itu mengatakan hampir kesemua aktiviti lasak dilakukan mereka ketika masih kecil antaranya, memanjat pokok, bermain di sungai dan longkang serta berbasikal.
“Jarak usia setahun membuatkan kami begitu akrab. Apa saja yang dilakukan sentiasa bersama-sama. Walaupun berbeza jantina ia bukanlah masalah kerana saya juga seorang perempuan yang sukakan aktiviti lasak.
“Ketika kecil kami kurang gemar aktiviti di dalam rumah. Kami tidak seperti kanak-kanak lain yang suka main masak-masak, anak patung dan permainan video kerana bagi kami ia tidak mencabar,” katanya memetik Harian Metro.
Disebabkan kelasakan mereka, Nina mendedahkan yang hampir keseluruhan longkang yang terdapat di sekitar Petaling Jaya (PJ) sudah diredahnya dan begitu juga Dafi.
Hai, pasti seronok apabila dapat mengimbas kembali memori ketika di zaman kanak-kanak, yang pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis kepada diri kita kan.
Kalau Dafi lebih gemar dengan aktviti lasak, anda pula aktiviti apa pula yang suka dilakukan ketika zaman kanak-kanak? – MYNEWSHUB.CC
Kakak Dafi, Nina SabrinaÂÂ
Oleh: AUDREY LEE