Mesir – Sebuah stesen televisyen swasta telah melanggar arahan kerajaan dengan menyiarkan rancangan tarian gelek yang kontroversi dengan alasan ia bagi memperingati 11 anggota polis yang terbunuh dalam serangan di Sinai.
Tarian gelek dilarang disiarkan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam apatah lagi dalam keadaan penari yang berpakaian menjolok mata.
Jurucakap stesen TV Al-Qahera Wal Nass TV itu berkata, pihaknya tidak pernah menyatakan bahawa mereka akan membatalkan rancangan tarian gelek berkenaan meskipun menerima banyak kritikan ketika rancangan pertama disiarkan bulan lepas.
“Ia seperti rancangan mencari bakat yang lain termasuk “Arabs Got Talent” dan “Arab Idol,†katanya.
Bagaimanapun tindakan stesen TV berkenaan dikecam seorang tokoh media di Mesir, Tamer Amin.
Jelasnya, stesen TV itu telah membuat kenyataan yang salah bahawa mereka yang mengkritik rancangan itu sebagai pelampau dan cuba menyekat kebebasan dalam seni.
Sebaliknya tarian gelek dianggap sebagai tidak bermoral.