China – Seorang isteri berjaya menangkap suaminya yang curang selepas gambar lelaki itu mencium seorang wanita, menjadi sensasi internet.
Kejadian berlaku apabila aksi Hsin Sung, 43, yang juga pengajar kelas memandu mencium anak muridnya ketika kenderaan itu berhenti di lampu isyarat, berjaya dirakamkan oleh kamera di laluan berkenaan.
Dia menyangka kecurangannya itu tidak akan diketahui sebaliknya aksi itu menjadi viral, hinggakan isterinya, Tian, berjaya mengesan penipuan tersebut melalui internet.
Hsin Sung akhirnya mengaku bahawa dia merupakan lelaki dalam gambar tersebut.
Namun dia memberikan alasan kenapa dia mencium wanita itu, kononnya untuk mententeramkannya selepas wanita itu gagal dalam ujian memandu.
‘Ya, ia adalah saya dan gambar itu menyebabkan saya menghadapi masalah dengan isteri saya. Tetapi pelajar saya amat sedih dan saya cuba memberikannya semangat dan memujuknya. Itu sahaja,’’ katanya. (mynewshub.cc)