CHINA – Cinta tragik…itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang terlalu cemburu pada isterinya.
Qin Han, 39, percaya isterinya, Du, 33, mempunyai kekasih gelap. Lalu dia tanpa usul periksa telah menikam rakan sekerja isterinya, hingga menyebabkan lelaki itu meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah.
Kejadian berlaku ketika dia menunggu di luar bangunan di mana isterinya bekerja lalu Qin menikam lelaki itu selepas mereka bergaduh.
Selepas menikam lelaki itu, Qin tidak melarikan diri sebaliknya menunggu di situ hingga polis tiba meskipun isterinya ketika itu menjerit kerana terkejut.
“Apa yang saya perlu lakukan sekarang,’’ kata Du.
“Jaga anak-anak. Perkara ini tiada kaitan dengan awak,’’ itu jawapan Qin kepada isterinya.
Qin juga kelihatan tenang selepas menikam lelaki itu.
Menurut jiran-jiran mereka, pasangan berkenaan sering bergaduh sejak beberapa bulan lalu selepas Qin mengesyaki isterinya berlaku curang.