INCHEON – Kemantapan penerjun China terus menjadi batu penghalang skuad terjun negara untuk meraih emas yang menyaksikan pasangan Cheong Jun Hoong- Wendy Ng terpaksa berpuas hati dengan perak di Sukan Asia, sebentar tadi.
Dalam acara 3 meter papan anjal seirama di Pusat Akuatik Munhak itu, gandingan Jun Hoong dan Wendy menghasilkan 297.70 mata untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan pasangan China, Shi Ting Mao-Wu Min Xia gah dengan emas selepas meraih 318.60 mata.
Pasangan Korea Utara, Cheo Ung Yong- Kin Ji Nok gangsa selepas mengumpul 274.32 mata. – BH Online