Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPR Kota Marudu: Rakyat...

KOTA MARUDU - Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerongkom Jaya di sini, bakal menjadi...

Fit Malaysia Platform Efektif...

MELAKA - Program Fit Malaysia yang mula diperkenalkan sejak 2014 merupakan platform efektif...

Jadikan Dua Anak Hamba...

MUAR : "Saya terima hukuman ini atas perbuatan dilakukan," kata seorang bapa sebelum...

Kim K Risau Jadi...

BINTANG antarabangsa, Kim Kardashian memberitahu bahawa dia risau dirinya menjadi mangsa rogol oleh lima...

Sukan Asia: Kita Banyak Buat Kesilapan – Jamaluddin

INCHEON – Seperti dijangka, skuad sepak takraw negara gagal mengharungi misi dianggap mustahil untuk menewaskan Thailand pada aksi separuh akhir acara berpasukan lelaki di Sukan Asia, hari ini dan alasan yang diberikan, juga sama.

Skuad yang dibimbing ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan itu dikecewakan Thailand dengan kekalahan 2-0 di Gimnasium Bucheon yang meneruskan kemarau 24 tahun pingat emas kem negara dalam acara sepak takraw di Sukan Asia.

Kekalahan itu turut menyaksikan negara gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi empat tahun lalu di Guangzhou, China apabila hanya membawa pulang pingat gangsa dengan Jamaluddin terus menyifatkan pemainnya melakukan banyak kesilapan.

“Saya tidak gembira dengan tekong pertama kita iaitu Mohd Syazreenqama Salehan yang memberi banyak peluang kepada Thailand untuk mengutip mata, malah lapan mata hanya daripada kesilapan saja.

“Dari segi kekuatan, kita tidak banyak beza dengan Thailand, tetapi kita lebih banyak melakukan kesilapan terutama tekong,” kata Jamaluddin yang turut tidak berpuas hati dengan persembahan regu kedua negara.


Memulakan saingan menerusi regu dibarusi Mohd Zamree Mohd Dahan, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohd Syazreenqama Salehan, regu negara tewas 0-2 (21-16, 21-10) kepada regu Thailand yang diisi Anuwat Chaichana/Sittipong Khamchan/ Pattarapong Yupadee dalam masa 41 minit.

Dan harapan yang diletakkan kepada regu kedua dibarisi Mohamad Fadzli Muhammad Roslan (Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi)/Izurin Refin/Mohd Muqlis Borhan juga tidak kesampaian apabila tewas kepada regu lebih berpengalaman Thailand, Pornchai Kokaew/ Siriwat Sakha /Suriyan Peachan juga dengan kekalahan 0-2 ( 21-14, 21-11) dalam masa 39 minit.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara sama adalah di Beijing, China pada 1990. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori