Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

FELCRA Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Timbalan...

Zon Industri Di Sabah...

KOTA KINABALU - Zon-zon perindustrian di Sabah mencatatkan pencapaian yang baik setakat Julai...

Maklumat Rakyat Terlibat Bersih...

ROMPIN - Kementerian Luar akan mengumpul maklumat rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan...

HFMD: 2 Lagi Sekolah...

GEORGE TOWN - Dua lagi sekolah termasuk sebuah sekolah yang sebelum ini hanya...

Sukan Asia: Lin Dan Sekat Chong Wei Di Separuh Akhir

JAGUH perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei disekat jaguh China dan musuh tradisinya Lin Dan pada peringkat separuh akhir Suka Asia ke-17 hari ini.

Chong Wei kalah 20-22, 21-12 dan 9-21 dalam masa satu jam 12 minit.

“Dalam set pertama pada kedudukan 16-14, saya merasa rileks mungkin sebab saya ingin permainan habis. Pada set ketiga pula, saya dapati Lin Dan sangat yakin. Pada kedudukan 7-2, saya susah untuk ikut rentak dia.

“Namun saya sudah buat yang terbaik dan saya terima kekalahan ini,” katanya.

Pada set pertama, Chong Wei mendahului 16-14 sebelum hilang rentak dan menyebabkan Lin Dan menang 20-22.


Chong Wei kemudiannya berjaya mengawal permainan dan menang set kedua 21-12 menyebabkan rubber-game.

Namun beliau ketinggalan 2-7 dan gagal mengejar Lin Dan sehingga akhir perlawanan.

Lin Dan akan bertemu rakan sepasukan Chen Long di peringkt akhir setelah mengalahkan pemain Hong Kong, Wei Nan 21-6 dan 21-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori