Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penerbangan MH020 Terhempas Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin yang...

90% Penduduk Kampung Baru...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong...

Malaysia Tewas 0-2 Berdepan...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi hambar apabila tumpas 0-2...

Pelajar UTM Cipta Aplikasi...

JOHOR BAHRU - Sekumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil...

Sukan Asia: OCA Pilih Indonesia Tuan Rumah 2018

INCHEON – Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA), hari ini meluluskan keputusan pemimpinnya untuk memberikan hak penganjuran Sukan Asia 2018 kepada Indonesia.

Indonesia melangkah masuk selepas Vietnam, calon awal menarik diri atas soal kewangan.

Kelmarin, Lembaga Eksekutif OCA bersetuju untuk memberi hak berkenaan kepada Indonesia.

Jakarta akan menjadi bandaraya utama selaku tuan rumah manakala Palembang dan Bandung juga dalam perancangan menganjurkan acara temasya berkenaan.

Presiden OCA, Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah sudah menekankan bahawa jika perhimpunan agung badan berkenaan gagal meluluskan Indonesia selaku tuan rumah dia ada kuasa veto berbuat demikian.

Namun, resolusi itu diluluskan, hari ini tanpa sebarang bantahan.


“Saya menerima banyak permohonan daripada bandaraya yang berbeza dalam benua ini tetapi yang paling serius dalam bidaan adalah Indonesia,” kata pemimpin dari Kuwait itu sambil mengucapkan tahniah kepada delegasi dari negara berkenaan.

Vietnam adalah pilihan untuk tuan rumah bagi edisi 2019 tetapi menarik diri April lalu kerana krisis ekonomi negara berkenaan.

Indonesia pula menegaskan mereka akan menjadi tuan rumah pada 2018 kerana pilihanraya presiden negara berkenaan dijadualkan pada 2019.

Kali terakhir Indonesia menjadi tuan rumah Sukan Asia adalah pada 1962 di Jakarta. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori