Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kesian Pakcik Ni, Difitnah...

SEPERTI sudah menjadi satu penyakit keturunan dalam diri setiap manusia, penyakit 'busuk hati' akan...

Maritim Malaysia Lupus 446...

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah melupuskan 446 bot nelayan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan...

Pelanggan Dakwa McDonalds ‘Jual’...

HASRAT dua rakan sekerja menikmati makanan tengah hari di restoran McDonald's di sebuah pasar...

Sukan Asia: Tiga Atlet Nepal ‘Lari’ Cari Kerja

SEOUL – Tiga atlet Nepal yang ‘ghaib’ dari perkampungan sukan di Sukan Asia, Incheon minggu ini dikatakan atas sebab cuba untuk mendapatkan pekerjaan di Korea Selatan, kata polis, hari ini.

Seorang atlet sepak takraw lelaki Nepal dilaporkan gagal untuk pulang ke negara asal mereka bersama rakan sepasukannya dari Incheon, Rabu lalu.

Manakala dua atlet wushu dari negara itu turut menjejaki langkah rakannya apabila hilang di perkampungan sukan, kelmarin.

Rakaman daripada kamera pengawasan menunjukkan dua atlet wushu itu meninggalkan perkampungan sukan ketika waktu malam bersama beg pakaian mereka. Semua atlet wushu Nepal pulang ke negara mereka, kelmarin.

“Kami mengesyaki ketiga-tiga atlet yang hilang cuba untuk mendapatkan pekerjaan di sini secara tidak sah,” kata seorang inspektor polis senior di Incheon kepada AFP.

Visa jangka pendek kesemua mereka berakhir pada 19 Oktober ini dan seandainya mereka tinggal melebihi masa yang dibenarkan, mereka akan dianggap pendatang haram, katanya.


Atlet dari negara di Tenggara dan Selatan Asia sering hilang ketika berlangsungnya kejohanan sukan di Korea Selatan dan beberapa negara utama ekonomi Asia dan menjadi pendatang haram.

Seramai 16 atlet dilaporkan hilang ketika Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

Setiap tahun, Korea Selatan berdepan isu visa lebih daripada 10,000 pekerja asing dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara lain bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Lebih daripada 200,000 pekerja asing yang dianggap pendatang haram dilaporkan berada di Korea Selatan diambil bekerja dalam perkilangan, pembinaan dan beberapa lagi industri. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori