Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Negara Islam Tak Terbentuk...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah negara Islam...

Buat Keputusan Terbaik Demi...

KUCHING - Menjelang hari pengundian esok, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem membuat...

Abou Bakr Sedia Gegar...

KOTA BAHARU - Penyerang baharu Kelantan, Abou Bakr Al-Mel sedia menggempur gawang Pulau...

Video: Gelandangan Pun Manusia,...

Kotor, busuk, selekeh dan pemalas.Itulah gelaran-gelaran sinonim diberikan kepada golongan gelandangan.Malah sesetengah masyarakat...

The Sun Mohon Maaf Kepada Zahid, Laporan Salah

Akhbar harian The Sun hari ini telah menarik balik laporan beritanya yang memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata “orang bukan Melayu sombong”.

Akhbar itu turut menerbitkan satu artikel permohonan maaf dalam edisinya hari ini.

Dalam artikel itu, The Sun menyebut bahawa kenyataan itu sebenarnya dibuat oleh pemimpin UMNO lain tetapi The Sun tersilap menyatakan bahawa Ahmad Zahid yang mengeluarkan kenyataan itu.

“Kami menyesali kesilapan ini dan ingin memohon maaf daripada pihak menteri jika laporan kami itu memalukan beliau.

“Kami dengan ini menarik semula laporan berkenaan yang tidak tepat,” kata laporan permohonan maaf itu.

Ahmad Zahid, pada Sabtu lepas menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan itu dan menawarkan kepada wartawan yang menulis laporan itu peluang untuk meminta maaf dan menarik balik laporan itu.


Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut Mynewshub.my mendapati artikel permohonan maaf oleh The Sun itu tidak ditemui dimuatnaik di laman web mereka.

Berkemungkinan, ia hanya dimuatkan di dalam edisi akhbar syarikat berkenaan di mukasurat dua.

Tidak jelas mengapa artikel itu tidak dimuatnaik di laman web kerana artikel itu tersebar luas dan dikongsikan di internet sehingga menjadi viral dan memalukan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori