Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mohd Rafiq Ketinggalan Di...

MELAKA : Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan Pengerusi Perikatan...

Lelaki Telan Lebih 200...

INDIA - Apabila Rajpal Singh, 34, memaklumkan bahawa dia sakit perut, para doktor...

Pemuda PAS Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Misteri Muhyiddin ‘Bisu’ Ulas...

ALKISAH penulis sempat ‘lepak’ di Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) di ibu kota...

‘So Sweet’: Wanita Kahwin Dengan Potongan Kadbod Edward Cullen

Apabila Lauren Adkins bertentang mata dengan watak Edward Cullen daripada sekuel Twilight, ia adalah cinta pandang pertama.

Seperti kebanyakan gadis seusianya, Adkins turut menaruh hati pada watak pontianak tampan itu. Edward Cullen, yang dilakonkan oleh Robert Pattinson, menjadi fenomena dan poster wajahnya menghiasi dinding kamar jutaan populasi wanita seluruh dunia.

Namun, Adkins mengambil langkah maju setapak– dengan mengahwini keratan kadbod watak pujaannya!

Infatuasi melampau Adkins ini pada mulanya hanya diketahui teman-teman rapatnya. Bukan sahaja kadbod berharga USD20 (RM 66) itu menjadi teman tidur wanita itu, malah dia turut membawa ‘abam’ Edward kemana-mana sahaja beliau pergi termasuklah restoran mewah untuk menikmati makan malam romantik berdua, menonton wayang dan melepak bersama rakan-rakan.
[vimeo 67904766 w=500 h=281]

(Foto dan video adalah hak peribadi Lauren Adkins.)

Adkins yang berasal dari Las Vegas berkata, obsesinya terhadap pengakhiran kisah ‘fairy tale’ yang romantis bermula sejak kecil lagi,

“Semasa kanak-kanak, saya amat gemar menonton kartun Snow White and The Seven Dwarfs dan Cinderella. Apabila menginjak dewasa, minat saya beralih ke arah filem romantik separti siri Twilight pula.”

Selepas kesemua hubungan cintanya dengan lelaki manusia kecundang di tengah jalan, Adkins sedar bahawa Edward Cullen mempunyai semua ciri-ciri yang dia mahukan sebagai teman hidup. Tambahan pula, seorang rakannya berpendapat, oleh kerana dia meluangkan hampir sepanjang masanya dengan potongan kadbod berketinggian 6 kaki itu, baik nikah sahaja.

“Jadi saya terfikir,’Hm,mengapa tidak?Dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kadbod ini,” ceritanya.

Apakah kualiti yang ada pada Edward yang buatkan Adkins tak keruan sangat tu? Jelas wanita berusia 25 tahun itu,”Dia seorang pendiam dan misteri, namun mempunyai kehidupan rahsia yang menerujakan.” Ya lah kak,pontianak pun pontianak lah.


Tambah Adkins lagi,” Saya rasakan dia begitu seksi sekali.Dan sekarang, dia milik saya sepenuhnya!”

Adkins membayar jumlah USD3,200 untuk majlis perkahwinannya di Viva Las Vegas Wedding Chapel, yang merangkumi kos parti bujang, jamuan untuk 50 orang tetamu,gaun pengantin dan cincin pertunangan.

lauren-adkins-cullen3-550x412

Pengantin wanita kelihatan anggun dalam busana serba putihnya, dan kadbod kesayangannya juga khabarnya ‘macho’ dengan persalinan tuksedo yang diperbuat daripada kertas.

Seakan-akan dapat mengagak pandangan sinis yang bakal diterimanya kerana berkahwin dengan objek statik, Adkins mempertahankan penyatuan itu sekeras-kerasnya.

“Semua lelaki yang pernah saya dampingi bukannya bagus pun. Sekurang-kurangnya, berkahwin dengan objek tidak bernyawa ini saya tahu dia tidak akan sekali-kali curang atau hancurkan hati saya!”

A’ah dik non, kalau terkepak kadbod tu mau meraung satu Las Vegas!mynewshub.cc

Oleh SARA KHALID

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori