Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Robert Tarik Saman Lepas...

Bekas Ahli Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang...

Bunuh Pemandu E-Hailing: Enam...

KOTA KINABALU : Tujuh pegawai dan anggota polis serta satu orang awam yang...

SPR Sokong Syor ERC

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyokong syor Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan...

Kadar Vaksinasi Harian Melepasi...

KUALA LUMPUR - Kadar vaksinasi harian bagi mengekang penularan COVID-19 di Malaysia, berjaya...

Tarikh PRK Pengkalan Kubor Tidak Jejas pengundi – SPR

TUMPAT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin hari mengundi pada hari bekerja bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini tidak akan menjejaskan pergerakan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata penelitian dan pertimbangan sewajarnya sudah dilakukan pihaknya sebelum tarikh berkenaan diputuskan.

“Sebelum ini kita ada pengalaman buat (pilihan raya) pada hari biasa atau hari bekerja…hari Selasa, Rabu. Kehadiran pengundi masih sama.

“SPR juga dapati majoriti pengundi di sini adalah mereka yang bekerja sendiri terdiri daripada nelayan, petani dan buruh, jadi mereka tidak terikat pada hari bekerja,” katanya pada sidang media di sini.

Pada sidang media itu, Abdul Aziz turut memperkenalkan bakal penggantinya iaitu Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Menyentuh proses penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berpuas hati dengan perjalanannya dan menyimpulkan ia berlangsung dengan baik, teratur, memenuhi syarat dan lancar.

Katanya, anggaran kehadiran juga sekitar 2,500 orang, tanpa wujud sebarang provokasi melampau antara penyokong parti sehingga menimbulkan ketegangan.


“Penyokong juga seperti yang saya terima laporan mematuhi peraturan, tidak membawa alat muzik. Cuma ada segelintir kumpulan dilihat membawa patung, bantah Akta Hasutan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan parti yang bertanding mengelak daripada mengadakan ceramah pada jarak terlalu dekat supaya kekecohan tidak berlaku, selain berkempen secara berkhemah.

“SPR juga sudah lantik tiga pasukan keselamatan yang akan memantau sepanjang waktu kempen bermula hari ini hingga waktu pengundian kelak. Mana-mana poster dan kain rentang yang jelas melanggar peraturan akan ditanggalkan,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan 25 September sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Pengkalan Kubor, pengundian awal pula pada 21 September.

Berdasarkan daftar pemilih terkini SPR, kawasan DUN berkenaan mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori