Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Meningkat Lebih...

KUANTAN - Pahang mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus kes demam denggi bagi tempoh...

1,800 Penguat Kuasa Dikerah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,800 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Cerita Kecoh Peguam Anwar...

MACAM-MACAM hal pernah berlaku apabila kes melibatkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak...

Jangan Parkir Ikut Suka...

KLANG - Jangan parkir ikut suka kerana hendak solat, hingga menyusahkan pengguna jalan...

Tenis ATP Terbuka M’sia: Juara Bertahan Tersingkir Awal

KUALA LUMPUR – Beregu juara bertahan Eric Butorac dari Amerika Syarikat dan Raven Klassen dari Afrika Selatan tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia di sini hari ini.

Gandingan tersebut menerima tentangan sengit dan terpaksa berentap selama dua jam 45 minit sebelum tewas kepada gandingan Andre Begemann (Jerman) dan Julian Knowle dari Australia dengan 1-6, 6-3 dan 6-10.

“Kami amat kecewa dengan keputusan ini. Kami memulakan saingan dengan perlahan dan terpaksa bertahan dalam perlawanan serta tidak begitu bernasib baik dengan penentuan ‘tie-breaker’ kata Butorac, selaku gandingan pilihan utama di sini.

Begemann/Knowle akan bertemu dengan beregu Amerika Syarikat, Scott Lipsky dan Rajeev Ram pada pusingan kedua di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, esok.

Lipsky dan Ram sebelum ini melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan Pablo Andujar (Sepanyol)/ Philip Oswald (Ausria), 4-6, 6-13 dan 12-10, pada pusingan pertama, Isnin lepas.


Dalam pada itu, pilihan ketiga, Dominic Inglot (Britain)/Florin Mergea (Romania) mengalahkan beregu Jerman, Frank Moser/Alexander Satschko 6-4 dan 6-4.

Mereka akan bertemu dengan pemenang perlawanan pusingan pertama esok antara gandingan Leonardo Mayer (Argentina)/Joao Sousa (Portugal) dan Daniele Bracciali (Itali)/Oliver Marach (Austria).

Sementara itu,  pilihan keempat, Marcin Matkowski (Poland)/Leander Paes (India) berjaya melepasi pusingan pertama dengan mengalahkan beregu Austria, Marinlo Matosevic/Bernard Tomic 6-1 dasn 6-3.

Mereka dijangka tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir apabila berdepan dengan beregu ‘wildcard’ Jurgen Melzer (Austria)/Philipp Petzschner (Jerman) pada pusingan kedua. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tenis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori