Kami percaya ramai antara kita pernah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang nampak sangat nak menipunya.
Biasanya SMS tersebut menyatakan anda memenangi cabutan bertuah dan bakal menerima hadiah lumayan. Untuk menebus hadiah tersebut anda perlu menelefon nombor tertentu yang kononnya sebuah syarikat gah dan dikenali.
Kalau terpedaya dan mengikut arahan SMS itu, maka bersedialah untuk dikelentong di hujung talian sampai akhirnya duit tak dapat tapi duit sendiri yang hangus.
Apa pun satu masa dulu waktu ramai belum cerdik guna telefon bimbit mungkin ramailah yang tertipu tapi zaman sekarang nak menipu guna cara sama memang mengundang makianlah alamatnya.
Bagaimana pun kalau taktik menipu cara ini tetap diulang kitar kemungkinan besar juga ada antara umpan berjaya dimakan mangsa yang kurang cerdik, betul tak?
Namun lain kali kalau penipu cuba menghantar mesej sebegini kepada anda yang cerdik pandai, cubalah bagi macam jawapan di atas.
Mana tahu, mungkin jawapan SMS dikirim semula padanya itu dapat membuatkan si penipu berkira-kira sikit sebelum mengirim mesej serupa pada orang lain kan? – MYNEWSHUB
REM RAMZI / MYNEWSHUB.CC
jawab macamni: hadiah yang saya dapat tu saya sedekah ikhlas kat anak2 yatim. moga pihak tuan dapat segerakan penghantaran wang tersebut kepada pihak rumah anak yatim dotdotdot.