Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar...

Tiada Tumpahan Minyak Atas...

IPOH - Tiada tumpahan atau kesan minyak di atas jalan raya di susur...

Pemandu Maut Ditindih Muatan...

KOTA KINABALU - Seorang pemandu maut ditindih muatan kayu balak selepas lori treler...

Lelaki Bunuh Ibu Kandung...

Jempol : Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang membunuh ibu kandungnya dalam...

TH Turut Cemerlang Sedia Perkhidmatan Perubatan

MAKKAH – Kejayaan Tabung Haji (TH) bukan hanya dalam mengendalikan jemaah haji setiap tahun, tetapi juga dalam menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan terbaik untuk jemaah haji di Tanah Suci dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri yang melawat sebuah daripada tiga pusat rawatan kesihatan TH di sini pada Selasa – Pusat Rawatan Aziziah – melahirkan rasa teruja dengan perkhidmatan rawatan kesihatan yang disediakan.

“Rawatan yang diberi agak rapi, dengan ratio pakar, doktor dan pesakit adalah lebih baik. Selain kemudahan (perubatan) canggih yang disediakan,” katanya kepada media Malaysia setelah menziarah jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di pusat rawatan itu.

Muhyiddin tiba di sini Ahad untuk mengerjakan ibadah haji bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, empat orang anaknya dan dua lagi anggota keluarga.

Timbalan perdana menteri turut menyatakan syukur jumlah jemaah haji Malaysia yang sakit pada musim haji ini berkurangan berbanding musim-musim sebelumnya.

” Alhamdullillah, semua telah dapat disusun dengan baik dan sempurna, dan jumlah jemaah jatuh sakit berkurangan…satu kebaikan dan rawatan diberi agak rapi,” kata Muhyiddin sambil menambah kata ini memberi lebih keyakinan kepada jemaah haji.


TH membuka empat pusat rawatan iaitu Pusat Rawatan Aziziah, Pusat Rawatan Shisya dan Pusat Rawatan Abraj Janadiriyyah di Makkah serta Pusat Rawatan Dar Siba di Madinah, selain 10 klinik di setiap pusat penginapan termasuk dua di Madinah.

TH membawa sebanyak 250 petugas perubatan, termasuk 50 doktor dan doktor pakar, jururawat, penolong pegawai perubatan, juru x-ray, fisioterapi dan pegawai farmasi untuk mengendalikan klinik dan pusat rawatan itu bagi memberi rawatan kepada 22,320 jemaah haji Malaysia.

Buat pertama kali tahun ini, TH menyediakan perkhidmatan pergigian untuk jemaah haji, yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar pergigian yang ditempatkan di Pusat Rawatan Shisya.

Pusat Rawatan Shisya turut dijadikan hospital khas untuk kes jangkitan paru-paru, komplikasi kencing manis dan ortopedik.

Hospital Aziziah pula bagi mengendalikan kes-kes berkaitan kardiovaskular, psikiatrik dan gastroenteritis manakala Pusat Rawatan di Abraj Al-Janadiriyyah dijadikan wad am serta tempat menyaring pesakit untuk rujukan ke Pusat Rawatan Shisya atau Hospital Aziziah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori