Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pekerja Ladang Tak Mengaku...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Tesis: UiTM Nafi Wujud...

SHAH ALAM - Tidak wujud sebarang unsur plagiat seperti yang didakwa oleh sekumpulan...

Pekin Ibrahim Tiada Pengganti...

PETALING JAYA - Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan...

Sekeluarga Cemas Kereta Dihempap...

BALIK PULAU - Sebuah keluarga dari Johor yang sedang bercuti di negeri ini,...

Tiga Remaja Maut Berlanggar Sesama Sendiri

KUALA LUMPUR – Tiga remaja maut manakala dua lagi rakan mereka cedera apabila motosikal mereka berlanggar sesama sendiri ketika berlumba di Km 20.4 Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam di sini, awal pagi tadi.

Mereka yang maut dikenali sebagai Muhamad Hafiz Erman, 18, Amir Afif Mohamad Nizam, 18, dan Muhamad Shafie Sudar, 16.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, dalam kejadian 1 pagi itu, kumpulan remaja berkenaan dikatakan menunggang dengan laju dan motosikal mereka tidak mempunyai nombor plat.

“Berdasarkan saksi, tiga remaja berkenaan berlanggar sesama sendiri sebelum berlanggar pula dengan sebuah kenderaan SUV.


“Akibat perlanggaran itu, dua daripada mangsa tercampak di tepi jalan dan mati serta merta, manakala seorang lagi tercampak ke bawah jambatan dan meninggal dunia pada pukul 3 pagi di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Junaidi berkata, akibat kejadian tersebut, dua lagi rakan mereka yang mengekori dari belakang telah berlanggar motosikal rakan-rakan mereka itu dan cedera parah.

Beliau berkata, wanita yang memandu kenderaaan SUV itu yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori