TUMPAT (Kelantan) – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed malam tadi sempat meninjau Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting biarpun sibuk menguruskan kempen Barisan Nasional (BN).
Forum malam tadi dihadiri kira-kira 4,000 orang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, sempena kempen BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.
Ahli panel yang ditampilkan pada forum berkenaan ialah Pengerusi YADIM Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pendakwah Ustaz Mohamad Kazim Elias.
Sedang forum berlangsung, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tiba tanpa dibuat apa-apa pengumuman dan beliau terus duduk bersila bersama orang ramai di atas tikar di depan pentas mengikuti apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim.
Menurut orang ramai yang menghadiri program itu, Mustapa memang dikenali dengan gaya bersahaja tanpaa mementingkan urusan protokol sepanjang memimpin UMNO Kelantan membuatkan rakyat negeri Kelantan begitu menyayanginya.
Bagaimanapun, Mustapa dapat berada di forum berkenaan yang bertajuk Malaysia Negara Islam? itu sebentar sahaja kerana perlu menghadiri program lain selepas itu.
bertujuan memperjelaskan kepada penduduk dan pengundi di Pengkalan Kubor bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam kerana ia peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K