JABATAN Meteorologi Malaysia meminta orang awam mengabaikan sebarang maklumat palsu berkaitan kejadian tsunami yang tersebar di media sosial kononnya bakal melanda kawasan pantai sekitar utara Semenanjung.
Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman rasmi Facebook jabatan itu, Malaysian Meteorological Department.
Katanya, jabatan itu sedang menjalankan Latihan Komunikasi Exercise Indian Ocean Wave (IOWAVE) 2014 pada hari ini dan esok. Ia membabitkan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Sekiranya berlaku ancaman tsunami sebenar dalam tempoh latih amal pada 9 dan 10 September 2014, maka latih amal tersebut akan dihentikan,†katanya.
Sebanyak 24 negara terlibat dalam latihan menghadapi tsunami selepas 10 tahun kejadian tsunami melanda Acheh yang mengorbankan lebih 300,000 nyawa pada 2004.
Negara yang terlibat dalam latihan itu adalah Australia, Bangladesh, Comoros, France (Réunion), India, Indonesia, Iran, Kenya, Madagascar, Malaysia, Maldives, Mauritius, Mozambique, Myanmar, Oman, Pakistan, Seychelles, Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Timor-Leste dan Yemen. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA