Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hari Malaysia: Jemaah Haji...

MAKKAH - Jemaah dan petugas haji di semua 12 maktab penginapan Tabung Haji...

Tip Agar Solekan Tak...

LEBARAN merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang kerana pada hari tersebut, ikatan silaturrahim...

Penjara 12 Tahun: Rayuan...

KUALA LUMPUR: Rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai dan...

Tun M Tegas Tolak...

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan dirinya yang sebenar apabila...

Tuah Tangkap Udang Kara Albino Di Amerika Syarikat

Maine (Amerika Syarikat) – Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat sepasang udang kara albino dalam dua kejadian berasingan di Owls Head.

Akhbar Portland Press Herald melaporkan dalam kejadian pertama Bret Philbrick menangkap haiwan berkenaan pada Khamis lalu manakala seorang lagi, Joe Bates membuat tangkapan itu beberapa hari sebelumnya.

Udang kara albino amat jarang ditemui, malah kemungkinan melihatnya dijangka hanya satu dalam sejuta.

Dua udang kara itu kini disimpan di Owls Head Lobster Co. Seekor akan di hantar ke Akuarium Negeri Maine dan satu lagi ke Brooks Trap Mill.


Kedua-duanya masih tidak cukup besar mengikut saiz yang diperuntukkan undang-undang dan dalam keadaan biasa sepatutnya dimasukkan semula ke laut.

Bagaimanapun, Peronda Marin memberikan pengecualian dalam kes itu.

Bates turut berjaya melakukan satu lagi tangkapan satu dalam sejuta pada Isnin lalu, iaitu udang kara kuning. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori