Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Israel Didakwa Bunuh Anggota...

GAZA - Anggota kanan Hamas mati ditembak berhampiran kediamannya di Semenanjung Gaza, semalam...

Gerakan Peroleh Momentum Hadapi...

PUTRAJAYA – Selepas kalah dengan teruk dalam dua pilihan raya umum sebelum ini,...

Auntie India Ini Lipat...

SIFAT saling hormat menghormati orang lain tanpa mengira bangsa dan agama perlu diterapkan...

Mahathir Yang Tawar Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terlebih dahulu...

Tukang Kebun Sekolah Terbunuh Kemalangan Motosikal

BESUT – Seorang tukang kebun sekolah maut digilis sebuah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Anak Ikan di sini malam tadi selepas terjatuh daripada motosikalnya yang berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah memberitahu mangsa yang dikenali sebagai Mohd Asmidi Abdul Razak, 28, tahun berasal dari Kampung Alur Serdang, Bandar Permaisuri, Setiu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kejadian kira-kira pukul 8.40 malam berhampiran simpang Kampung Perupok, Kampung Anak Ikan, mangsa menunggang berseorangan selepas mengisi minyak motosikal untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah motosikal lain yang ditunggangi Maizatulakman Mustaffa, 31, keluar dari simpang Kampung Perupok menghala ke Jerteh apabila secara tiba-tiba motosikalnya dilanggar motosikal mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khaled memberitahu akibat perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal terjatuh di atas jalanraya.


Katanya pada ketika itu beberapa buah kereta yang mengekor di belakang Mohd Asmidi tidak sempat untuk mengelakkan pelanggaran itu lalu telah menggilis mangsa hingga menyebabkan beliau mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Menurutnya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala Maizatulakman pula patah kaki kanannya.

Khaled berkata kenderaan yang menggilis mangsa bagaimanapun telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan.

Mayat Mohd Asmidi kemudiannya telah di hantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat kira-kira pukul 9.00 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori