Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fokus Perniagaan, Hanis Zalikha...

PELAKON jelita Hanis Zalikha mengambil keputusan untuk berhenti dari bidang lakonan buat sementara...

Polis Tumpas Kegiatan Kumpulan...

MIRI - Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan samun bersenjata yang merompak sebuah kedai...

KPDNKK Kerjasama Dengan Pengeluar...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama...

Peguam Negara Perlu Telus...

IPOH - Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin...

Ujian Poligraf Mampu Tangani Gejala Rasuah Penguatkuasa

KUALA LUMPUR – Penggunaan alat poligraf, sebuah alat pengesan pembohongan secara berkala dilihat mampu menangani isu penyelewengan, penipuan dan rasuah membabitkan anggota penguatkuasa di negara ini.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata ujian poligraf yang mampu menghasilkan keputusan 98 peratus tepat itu juga dapat menuntut keadilan terhadap mereka yang teraniaya.

“Ia amat berguna dan berkesan dalam menentukan keputusan siasatan bagi mendapatkan bukti yang diperlukan, bahkan hasil siasatan juga boleh diselesaikan dengan cepat dan tidak mengambil masa yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai petugas penguatkuasa yang didakwa terbabit dalam gejala rasuah, sejak kebelakangan ini.

Pada 24 September lepas, seramai 15 kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan reman selama lima hari lagi sehingga Isnin depan.

Reman tersebut berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai Kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


“KDRM ada menggunakannya (alat ini) tetapi tidak secara menyeluruh, dengan adannya ujian ini pegawai dan anggota akan merasa gentar dan niat untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik akan terbatal,” katanya.

“Selain itu mereka juga tidak digalakkan terlalu rapat dengan klien kerana dikhuatiri seseorang pegawai itu akan mengambil kesempatan dan terjebak dengan rasuah.

“Sebagai contoh, setiap tiga atau lima tahun sekali mereka perlu bertukar tempat perkhidmatan yang baharu secara tidak langsung kejadian rasuah dapat dikurangkan,”katanya.

Anggota pihak berkuasa juga perlu dihantar menghadiri kursus khas dari semasa ke semasa berkaitan rasuah dan implikasinya terhadap rakyat dan negara, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori