Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Makan Secara Sihat Sewaktu...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru supaya menyambut musim perayaan Tahun Baru Cina...

223,923 Sudah Disuntik Vaksin...

KUALA LUMPUR - Seramai 223,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Istana Johor Tiada Hak...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Istana Johor tiada...

Raffi Bawa Tuah, Zizan...

SEORANG demi seorang selebriti tanah air mula kembang bakat ke luar negara. Perlahan...

UMNO Tidak Pernah Ketepikan Golongan Agama

KUALA PILAH – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan langkah Barisan Nasional (BN) khususnya Umno meletakkan calon berlatar belakang agama pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Kelantan sebagai strategi untuk mengaburi pengundi.

Beliau menegaskan Umno tidak pernah mengetepikan golongan agama kerana pandangan mereka amat penting dalam sistem pentadbiran negara.

“Malah dari segi penubuhan Lembaga Tabung Haji, sistem perbankan Islam dan sebagainya adalah pandangan golongan agama.

“Kaedah dari segi peraturan yang kita (kerajaan BN) guna pakai pada hari ini banyak berlandaskan, bukan hanya pandangan daripada ahli politik, tetapi banyakulama Islam yang kita dampingi dan kita banyak guna pakai pandangan mereka dalam sistem pentadbiran negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Pilah 2014 di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan tindakan BN khususnya Umno mengambil calon yang berlatar belakang agama untuk bertanding pada PRK itu.

Pada PRK itu, calon BN Mat Razi Mat Ail, 48, akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.

Mat Razi sinonim dengan panggilan ustaz kerana menjadi pengasas sekolah pondok Simpangan di Tumpat, Kelantan, atas tanah yang diwakafnya mulai 9 Nov 2012. Sekolah pondok tersebut mempunyai 50 orang pelajar setahun yang mengikuti pengajian agama secara percuma.


PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Umno tidak ketepikan golongan agama kerana mereka mempunyai kelebihan dan ini yang dikehendaki oleh Umno.

“Sebenarnya apa yang kita harap agar bila ada calon seumpama ini yang kita yakin bahawa bukan hanya dari segi pendidikan, mempunyai ilmu pengetahuan dan seorang pemimpin yang banyak berjasa sebelum pun menjadi calon, sudah membantu masyarakat di kawasan dengan mewujudkan sekolah pondok.

“Apa yang penting kepada kita ialah pengundi di kawasan DUN Pengkalan Kubor akan dapat menilai. Yang penting, kita yakin calon ini akan dapat menyelesaikan masalah, sebelum ini juga dia sudah menyelesaikan banyak masalah orang kampung di situ…dia kenal dan tahu masalah dihadapi orang kampung,” katanya.

Mohd Shafie berkata banyak pembangunan telah diwujudkan di kawasan Pengkalan Kubor seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), jalan raya, bekalan elektrik, perumahan dan sebagainya.

“Kita yakin dengan calon ini dan yang penting calon ini adalah ‘penyelesai masalah’ untuk masyarakat di kawasan itu. Dia sudah lama berkhidmat, tanpa ada jawatan dan kedudukan dia sanggup berkhidmat. Tambah lagi kalau ada ‘jawatan sah’ (sebagai wakil rakyat) kita yakin dia akan tambah baik perkhidmatannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori