Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini apabila...

Pejabat MB Pahang Bantu...

KUANTAN - Nasib seorang pelajar cemerlang dari Kolej Komuniti Pekan yang kehilangan tangan...

Anggota Parlimen Disaran Tanam...

KUALA LUMPUR - Setiap anggota Parlimen disaran menanam satu pokok di sekitar bangunan...

Pekerja Restoran Culik Bayi...

SEORANG pekerja sebuah restoran yang diamanahkan menjaga bayi berusia 10 bulan salah seorang...

UMT Laksana Transformasi Setanding Universiti Terbaik

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melaksanakan pelbagai transformasi bagi menempatkan universiti itu setanding dengan universiti lain di dalam dan luar negara.

Naib canselornya Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata transformasi yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas merangkumi pelbagai aspek termasuk menambah baik sistem tadbir urus, pembangunan pelajar, penyelidikan, pembangunan bakat akademik serta pengurusan kewangan universiti.

“Kita menjalankan transformasi secara berperingkat dan berterusan dari semasa ke semasa. Dalam masa dua tahun ini, banyak yang kita capai dari segi penyelidikan.

“Kita juga  menjalankan transformasi kelestarian kewangan yang pada 2025, kita jangka UMT akan mempunyai kewangan sendiri sebanyak 30 peratus dan bergantung kepada kerajaan sebanyak 70 peratus,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian ‘Menghayati 2 Tahun Transformasi UMT’ di Kompleks Siswa, UMT di sini hari ini.


Menurutnya bagi mendapatkan kewangan sendiri, pihaknya bergantung kepada dua sumber iaitu sumber perniagaan universiti dan hasil penyelidikan ahli akademik.

“Pada masa ini, kita ada pendapatan sendiri lebih daripada 10 peratus dan kita akan jangka pendapatan sendiri ini akan bertambah 20 peratus pada tahun 2020 dan menjelang 2025, kita akan ada 30 peratus pendapatan sendiri,” katanya.

Ibrahim berkata transformasi yang dijalankan kini juga selari dengan sasaran universiti berkenaan untuk mendapat tempat antara 10 universiti terbaik dalam negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori