Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MJN Ganti Susu Rumusan...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang terbeli produk susu rumusan bayi Enfalac A+...

Polis Rampas Dadah RM75,000,...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3.2kilogram dadah yang disyaki...

Lebih 200 Pesawah Tanam...

BESUT – Lebih 200 pesawah di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA-KETARA)...

Isu Had Umur Belia...

KULAI - Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan...

UniMAP Perbaharui Rekod Domino Manusia MBOR

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperbaharui rekod jumlah penyertaan paling ramai membentuk domino manusia dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan catatan masa lebih pantas.

Rekod terbaharu itu yang dicipta baru-baru ini membabitkan 2,500 orang dalam masa empat minit 40 saat berbanding 2,048 orang dalam masa tujuh minit yang dibuat pada tahun lepas.

Pembentukan domino manusia itu membabitkan pelajar baharu UniMAP dibuat bersempena pendaftaran pelajar baharu universiti berkenaan di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra di Pauh Putra, dekat sini.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata kejayaan itu lambang kerjasama pelajar pelbagai kaum termasuk pelajar antarabangsa.


“Kejayaan ini juga membuktikan kesepakatan, hubungan dan kerjasama antara mahasiswa berada pada tahap harmoni dan diharap menjadi inspirasi kepada mereka untuk menamatkan pengajian empat tahun di UniMAP dengan keputusan cemerlang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Pegawai Eksekutif MBOR, Helilia Juana Hashim menyerahkan sijil MBOR kepada Kamarudin disaksikan Exco Agama Kerajaan Perlis Khairi Hassan dalam satu majlis di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, di sini.

Dalam percubaan pertama tahun lepas UniMAP berjaya memecahkan rekod yang dicipta oleh sebuah syarikat telekomunikasi dengan jumlah 1,409 peserta sempena ulang tahun ke-15 syarikat itu pada 2010. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori