Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bukti Tidak Mencukupi Dakwa...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihak pendakwa raya memutuskan untuk...

Nak Pakai Kanta Lekap...

HARI ini, pemakaian contact lens atau kanta lekap adalah perkara biasa terutama dalam...

UMNO, DAP Enggan Ulas...

SHAH ALAM - UMNO dan DAP enggan mengulas mengenai pertemuan bersama Yang di-Pertuan...

Pesilat Diminta Lebih Hati-Hati...

KUALA LUMPUR - Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu semua pengamal silat yang...

UPSR Bocor: Kementerian Sudah Ambil Tindakan Sewajarnya

TUMPAT – Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian sama sekali tidak memandang ringan perkara itu dan akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pihak yang membocorkan soalan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris itu.

“Kita (Kementerian Pendidikan) sudah mengambil tindakan sewajarnya dengan cepat dan segera. Saya sememangnya rasa dukacita dan kini kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Biar pihak berkuasa ambil tindakan dan pada masa yang sama jawatankuasa bebas yang kita tubuhkan akan membuat beberapa cadangan bagi penambahbaikan UPSR,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau sudah meminta Lembaga Peperiksaan mengadakan semula peperiksaan bagi kedua-dua kertas pada 30 September dan menurutnya beliau berharap tidak ada lagi berlaku kebocoran soalan.

Beliau berkata, siasatan awal pihak kementerian mengenal pasti individu yang terbabit dalam membocorkan soalan kertas berkenaan.


“Saya nasihatkan anak-anak jangan bimbang dan kita memahami apa yang mereka rasa dan saya sendiri pun merasa kecewa apatah lagi cucu sulung saya yang bernama Suraya turut mengambil UPSR,” kata Muhyiddin.

Menurutnya cucunya itu juga menangis dan sebagai datuk, beliau turut menasihatkan cucunya itu supaya bersabar dan bertenang.

Katanya, kerajaan akan melihat daripada semua sudut untuk mengelak berulang kejadian seumpama itu dan akan mengambil contoh aspek keselamatan yang diambil pada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dicetak di United Kingdom.

Muhyiddin juga berkata, kerajaan mempunyai pengalaman yang lama dalam menguruskan UPSR namun tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu mencemarkan segala-galanya.

“Kita sudah ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) tetapi ada juga yang tidak amanah. Ini semua kita akan teliti semula,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori