Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Jadikan Mahasiswa Boneka...

KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia menyeru pelajar universiti supaya...

Peguam Tawar Khidmat Sukarela...

PETALING JAYA – Sebuah firma guaman, Managing Partner of Thomas Philip menawarkan khidmat...

AMK Ucap Tahniah Mahasiswa...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengucapkan tahniah kepada sembilan mahasiswa yang...

Terima Kasih PDRM Kawal...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua...

UPSR: Murid Bersemangat, Peperiksaan Ulangan Lancar

KUALA LUMPUR – Peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris berlangsung lancar hari ini, dengan rata-rata murid dilihat bersemangat mendudukinya.

Kebanyakan murid berkenaan menganggapnya sebagai ‘peluang kedua’ bagi membaiki kelemahan ketika menduduki peperiksaan asal awal bulan ini.

Kertas peperiksaan yang diulang semula hari ini ialah Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt ini.

Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran kertas peperiksaan UPSR awal melibatkan 472,853 murid yang mendudukinya di seluruh negara bermula 9 Sept lalu.

Di KUALA LUMPUR, sebanyak 21,024 murid terdiri daripada 12,847 calon sekolah kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (7,453), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (611) dan swasta (113) mengambil peperiksaan ulangan itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nawal Salleh berkata mereka adalah murid dari lima zon iaitu dua di Bangsar, Pudu, Keramat dan Sentul manakala 1,183 pengawas peperiksaan ditugaskan untuk memastikan kelancaran peperiksaan itu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Siti Aida Nabila Aini berkata ia adalah peluang kedua bagi membaiki prestasi dirinya berbanding peperiksaan asal bermula 9 Sept lepas.

“Memang gementar, tapi okay sebab mungkin sewaktu peperiksaan sebelum ini, jawapan tidak bagus terutama kertas Bahasa Inggeris, tapi boleh diperbaiki kali ini,” kata murid itu ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Di SK Menjalara, Bandar Menjalara, Kepong, Asmah Ismail, 41, berharap anaknya Nuraqilah Abd Farouk, 12, dapat melakukan yang terbaik dan mengetepikan perasaan gementar yang dirasai.

“Melihatkan anak saya begitu teruja untuk ambil peperiksaan tadi, saya berasa lega,” katanya, yang juga merupakan guru muzik di sekolah itu.

Di PAHANG, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Razali Mohd berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini berhubung keengganan murid menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan.

Sejumlah 25,133 calon menduduki semula dua kertas peperiksaan itu di 561 pusat dengan 2,279 petugas peperiksaan di seluruh negeri.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan Hamilton, Mohd Nizam Nazri Mohd Hisham, 45, berkata ibu bapa seharusnya terus memberi sokongan dan galakan kepada anak mereka untuk melakukan yang terbaik.

“Perkara sudahpun berlaku, apa yang kita boleh buat ialah terus bersama anak, beri mereka semangat dan melihat situasi ini dari sudut positif,” katanya.


Sejumlah 23,621 calon menduduki semula subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR di 281 pusat peperiksaan di negeri itu, dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Datuk Osman Hussain berkata ia berjalan lancar.

Di TERENGGANU, Pengarah Pelajaran negeri Zakaria Hussin berkata jabatan itu dan pihak sekolah bekerjasama dengan kaunselor untuk memulihkan semangat murid yang mungkin terkesan akibat kebocoran soalan yang berlaku sebelum ini.

“Saya juga mengingatkan pengawas bertugas untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan melihat apa yang terjadi tahun ini harus dijadikan pengajaran untuk semua,” katanya.

Seramai 21,791 calon menduduki peperiksaan ulangan itu di seluruh negeri itu.

Di PERAK, Pengarah Pendidikan negeri Mohd Idris Ramli berkata tujuh daripada 38,566 calon menduduki peperiksaan semula hari ini di empat hospital kerana masalah kesihatan.

Di KELANTAN, peperiksaan semula itu melibatkan 32,926 calon di Kelantan termasuk 55 calon yang mengalami masalah pendengaran atau rabun, kata Pengarah Pendidikan negeri Hussain Awang.

Di MELAKA, peperiksaan ulangan melibatkan 13,780 calon itu berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua ibu bapa, katanya Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Di SABAH, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip mengucapkan syabas kepada semua guru di pulau, pedalaman, luar bandar dan bandar kerana telah memberi semangat dan membuat persediaan bagi membolehkan 45,361 calon menjalani semula peperiksaan itu.

Di SARAWAK, 42,669 daripada 43,030 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan itu, menduduki semula kertas bagi dua mata pelajaran itu yang berlangsung dengan baik, menurut Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan negeri Su Hiong Ai.

Di KEDAH, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata 35,769 murid menduduki peperiksaan di 571 pusat di seluruh negeri.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri Aminuddin Adam berkata tiada laporan diterima mengenai calon tidak hadir dan peperiksaan ulangan melibatkan 57,486 calon itu berjalan lancar.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Pendidikan negeri Datuk Kalsom Khalid berharap sesi kaunseling, motivasi serta sokongan yang diberi akan membuahkan hasil yang baik bagi kira-kira 30,000 murid yang menduduki peperiksaan ulangan itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori