Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMNO Perlu Kuasai Kesalinghubungan...

KUALA LUMPUR - Umno perlu menguasai aspek 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital untuk memastikan...

1MDB: Banyak Jasa Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Datuk Seri Najib Razak...

Polis Terus Lakukan Carian...

KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas...

Dana Dikumpul Dua Majlis...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa dana hasil dua majlis...

UPSR: Polis Ambil Keterangan Tujuh Individu

KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng hari ini berkata polis sedang mengumpul keterangan dari pelbagai pihak bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

“Setakat ini tujuh rakaman percakapan diambil dari kesemua tujuh individu berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya kepada Bernama.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis juga.


LPM menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori