Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menyifatkan isu kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai kes polis tetapi sedia untuk menyiasat sekiranya melibatkan unsur rasuah.
“Sekiranya terdapat maklumat kemungkinan wujud unsur rasuah, pihak polis boleh memanjangkan kepada SPRM untuk tindakan,” kata badan itu dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu juga, SPRM yakin polis akan menyiasat kes tersebut.
Kenyataan SPRM ini difahamkan adalah prosedur biasa protokol siasatan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.
Bagi mana-mana kes yang disiasat oleh SPRM pun, sekiranya tiada unsur rasuah sebaliknya melibatkan jenayah di bawah kes polis, kertas siasatan kes tersebut akan dipanjangkan kepada pihak polis.