Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kuali, Bantal, Tuala: Hadiah...

KEBIASAANNYA jika kita menghadiri majlis perkahwinan, pasti akan terlintas di fikiran apakah hadiah...

Jurukimpal Dipenjara 3 Tahun,...

KOTA BAHARU - Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3,000...

Penyokong Cilik Liverpool Tarik...

TINDAKAN penyokong cilik Liverpool, Alfie Radford menarik perhatian Andy Robertson. Pemain pertahanan The Reds...

Kanak-Kanak Lima Tahun Didera...

PASIR MAS - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota...

Usaha Mengeluarkan Bom Perang Dunia Giat Dijalankan

KAJANG – Polis kini dalam proses mengeluarkan bom yang dipercayai ditanam sejak Perang Dunia Kedua di kawasan hutan Bukit Putih, Batu 9, Cheras pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sepasukan pakar Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan KLIA terlibat dalam proses mengeluar dan meletupkan bom ini.

“Kami telah bersedia sejak diberitahu mengenainya pada Sabtu lalu, pukul 7 malam.

“Pasukan pemusnah bom memasuki kawasan pada pukul 10 pagi.

“Mereka telah menemui kawasan itu yang terletak di puncak bukit, selepas satu jam setengah mendaki.


“Misi masih lagi berjalan seperti mana yang diberitahu,” katanya.

Abdul Rashid menambah, bom itu seberat 200 kilogram, dikenal pasti sebagai Mark 1-952.

“Diperbuat pada tahun 1952 oleh British. Kami belum menentukan sama ada ia perlu diletupkan di kawasan yang ditemui itu ataupun di tempat lain,” katanya.

Polis menutup kawasan itu kepada orang ramai dan menasihatkan agar orang awam menjauhi kawasan tersebut sekurang-kurangnya 1.5 kilometer. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori