(Untuk menonton video… klik di atas)
Sebelum ini Malaysia kecoh dengan isu Ustaz Budak yang boleh dikatakan taksub melampau kerana terlalu meninggikan Imam Ghazali sehingga membawa hadis palsu menyatakan Nabi kesal kerana tidak berjumpa dengan Imam Ghazali.
Perbuatan itu tidak lain untuk meninggikan taraf Imam Ghazali di mata pengikutnya.
Mungkin alasannya baik, namun mereka-reka hadis palsu adalah dilarang dan haram sama sekali kerana ia merupakan fitnah dan berdosa besarlah bagi mereka yang mengambil mudah dengan penyebaran hadis palsu ini.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” – (Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109)
Hadis palsu di dalam masyarakat melayu
Seorang Professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam membuat kajian berkenaan dengan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat melayu.
Beliau mendapati hadis palsu ini bukan sahaja diambil mudah oleh orang kebanyakan malah ustaz dan imam-imam turut menyebarkannya samada secara sengaja atau tanpa disedari.
Medium sebaran seperti di televisyen dan radio juga tidak terlepas menyebarkan hadis palsu ini yang mana agak ironi bila kadangkala penganjur program-program tersebut adalah JAKIM sendiri.
Menurut beliau lagi, hadis-hadis palsu ini telah diperturunkan sepanjang zaman dan akhirnya turut digunakan oleh tokoh yang disegani di dalam kitab-kitab tulisan mereka.
Ini adalah contoh mengapa hadis palsu masih berlegar di dalam masyarakat melayu selain kelompok jahat Syiah yang juga turut menyumbang kepada terhasilnya banyak hadis-hadis palsu demi menghalalkan agama sesat mereka dan cubaan meruntuhkan Islam dari dalam.
Setelah sekian lama, hadis-hadis palsu ini menjadi sebati di dalam masyarakat melayu dan usaha untuk membenterasnya pula menjadi semakin mencabar.
Contoh-contoh cabaran yang dihadapi golongan yang cuba membuat kajian berkenaan hadis palsu ini adalah seperti; respon negatif yang diterima dari kelompok yang taksub kepada tokoh-tokoh tertentu itu sendiri, mereka menjadi sensitif, aggresif dan tidak matang menerima kritikan apabila dikhabarkan kepada mereka bahawa kitab karya tokoh mereka mempunyai beberapa kecacatan seperti terdapat banyak hadis palsu di dalamnya.
Contoh yang terbaik yang dapat diberikan adalah Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Ghazali. Kitab dan imam ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu Malaysia.
Orang yang membuat kajian ilmiah seperti Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir ini tidak terlepas menerima ugutan dan hinaan selain gelaran-gelaran jahat dari pengikut yang taksub seperti ini. Tidak hairan jika Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir juga bakal dilabel sebagai wahabi. Hujah dan gelaran ini biasa di dalam masyarakat melayu Malaysia apabila terdapat perbezaan dalam pendapat dan pandangan yang tidak dapat ditangani secara ilmiah dan matang.
Cinta Nabi dan Cinta Rasul
Seperti yang sudah diketahui umum tiada yang maksum (suci dan terpelihara) melainkan Nabi. Namun tindakan mereka yang sentiasa membela walaupun tokoh-tokoh mereka tersilap membawa hadis palsu dilihat seperti ingin memaksumkan.
Mungkin mereka beralasan baik namun kebiasaan ini perlu diubah kerana kita perlu mendahulukan hadis Nabi yang jauh lebih mulia dari mana-mana tokoh yang ingin dijulang.
Nabi S.A.W pernah bersabda:
“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian, hingga dia menjadikan aku sebagai seorang yang lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya.†[Muttafaqun ‘Alaihi]
Pernah juga terjadi suatu kisah yang menceritakan kecintaan Umar kepada Nabi;
Pada suatu hari Umar bin Khattab berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali dari diriku sendiri.†Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjawab, “Tidak, demi Allah, hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.†Maka berkatalah Umar, “Demi Allah, sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri!†(HR. Al-Bukhari dalam Shahih-nya, lihat Fath al-Bari [XI/523] no: 6632)
Dua hadis ini menunjukkan wajib kita mencintai Nabi S.A.W melebihi makhluk yang lainnya malah tidak sempurna iman seseorang itu jika dia mencintai dirinya sendiri lebih daripada Nabi. Apatah lagi jika seseorang itu melebihkan seseorang tokoh yang dihormatinya itu.
Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah menjelaskan: “Seorang mukmin itu tidaklah menjadi seseorang yang benar-benar beriman sampai dia mendahulukan kecintaannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam daripada kecintaannya kepada seluruh makhluk, dan kecintaan kepada Rasulullah itu mengiringi kecintaan kepada Dzat yang mengutusnya (Allah).†[Jami’ul ‘Ulum wal Hikam]
Buktikan kecintaan kepada Nabi dan Rasul
Nah, mana yang kita perlu dahulukan jika diberi dua pilihan? Adakah melebihkah tokoh yang tersilap membawa hadis palsu (semoga Allah mengampuni dan merahmati kami dan beliau) atau mempertahankan hadis Nabi?
Sehingga kini tidak ada satu perkataan atau ayat pun kita mencerca tokoh-tokoh tertentu yang tersilap membawa hadis palsu. Agenda kita yang utama adalah menghapuskan hadis palsu di dalam masyarakat melayu tidak kira siapa yang membawanya walaupun mereka itu adalah tokoh-tokoh yang disanjungi di dalam masyarakat..
Persoalannya sekarang, adakah anda bersedia untuk menghapuskan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakt melayu termasuk yang ada di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al Ghazali?
Atau kita patut hapuskan semua hadis palsu di dalam masyarakat melayu kecuali hadis palsu dalam kita Ihya’ Ulumuddin?
Atau kita patut biarkan sahaja hadis palsu tersebut berlegar di dalam masyarakat melayu kita untuk diamalkan anak cucu walaupun kita tahu ada ancaman ke neraka dari Nabi dalam hal hadis palsu ini?
Kita tahu perkara seperti ini sedikit sebanyak akan menimbulkan sedikit kekecohan dek kerana respon negatif segelintir pengikut tokoh-tokoh tertentu yang taasub dan ghuluw yang melampau apabila tidak matang dalam berbeza pendapat dan pandangan.
Namun adakah respon negatif seperti ini akan menggoyangkan usaha kita membenteras hadis palsu di dalam masyarakat kita sendiri?
“Tak payah sebut dulu la isu ni.. kecoh nanti.. orang Islam berpecah”
“Aku bukan tak nak sebut. Nanti kena ban dengan ketua aku nanti”
“Aku nak ulas juga pasal benda ni tapi nanti kawan-kawan semua menjauhkan diri”
“Aku bila sebut isu ni semua semua pelanggan lari”
“Saya dah tahu lama perkara ni, Tapi saya takut bila saya sebut semua anak murid tinggalkan saya”
Banyak lagi alasan yang diberikan selain hinaan, ugutan dan gelaran-gelaran atau laqob (gelaran) yang buruk kepada usaha islah (memperbaiki) dan membersihkan seperti ini yang mana turut membantutkan ghairah kita untuk membenteras penyebaran hadith palsu.
Bukankah apa yang lebih ditakutkan adalah ancaman Allah kepada mereka yang lebih mendahulukan dunia dari Allah dan Rasul-Nya
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, karib keluarga kalian, dan juga harta kekayaan yang kalian usahakan, perniagaan yang kalian khawatirkan kerugiannya, serta tempat tinggal yang kalian sukai lebih kalian cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, serta dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah (adzab Allah) sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.†(At-Taubah: 24)
Bukanlah bermaksud meninggalkan perkara dunia ini semua namun sesuatu perlu dilakukan bagi membolehkan usaha menghapuskan hadis palsu ini sentiasa berjalan sehingga masyarakat melayu takut dengan hadis palsu dan tahu akan kepentingan mendahulukan hadis yang sahih.
Jika anda menolak iPhone 6 yang palsu, mengapa pula anda mempertahankan hadis palsu yang lebih jelek dari iPhone 6 itu?
SELANJUTNYA BACA DI ABU AQIF STUDIO – KLIK