Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kartel Dadah Mexico Balut...

BANDAR RAYA MEXICO – Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut...

Najib Nekad Jumpa Anak...

SHAH ALAM - Keperitan hidup pencuci kereta jalanan yang tular di media sosial...

7,000 Kematian Covid-19 Dalam...

KES kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia menghampiri angka 183,000 setakat awal pagi...

PRK Balakong: PH Beri...

BALAKONG - Pakatan Harapan (PH) menuntut MCA dan calonnya pada pilihan raya kecil...

Vanidah Dan Rashidi Sudah Tinggal Berasingan, Bakal Bercerai?

AGAK lama kami tidak mendengar perkhabaran mengenai pasangan suami-isteri romantis,Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Tup-tup, menerusi Harian Metro, timbul pula cerita mendakwa mereka sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Pasangan itu juga dikatakan jarang muncul bersama dalam beberapa acara, sekaligus menimbulkan pertanyaan mengenai status perkahwinan mereka kini.

Senang cerita, ada mulut-mulut yang mendakwa mereka sedang menuju ke ambang perceraian.

Bagaimanapun, Vanidah yang dihubungi meminta agar individu yang membuat dakwaan tersebut pergi ke mahkamah untuk mendapatkan bukti terlebih dahulu.

“Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya.

“Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami,” katanya.


Hmm, harap-harap betullah hubungan Vanidah dan Rashidi yang dibina sejak 14 tahun lalu itu  tidak bermasalah.

Bukan apa, sebab selalunya khabar-khabar angin yang dinafikan oleh para artis akhirnya menjadi kenyataan selepas beberapa ketika…opps!

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori