SEPERTI yang kita semua sedia maklum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara orang yang paling menyokong serangan rejim zionis terhadap penduduk di Semenanjung Gaza, baru-baru ini.
Namun di sebalik sokongan presiden itu, tak semestinya kesemua penduduk di negara Uncle Sam itu turut bersetuju dengan perkara itu.
Menerusi sebuah video ini dapat dilihat seorang aktivis wanita yang mempersoalkan kredibiliti Obama sebagai seorang pemimpin negara besar yang tergamak membiarkan peperangan itu terjadi dan langsung tidak ada sifat keperimanusiaan untuk menghentikan kekejaman itu.
Obama kelihatan sangat terganggu dengan teriakan wanita tersebut yang terus-terusan menghentamnya di hadapan umum.
Aktivis wanita itu akhirnya terpaksa dihalau keluar oleh pengawal selepas dirinya terus-terusan mengutuk kepimpinan Obama. – MYNEWSHUB
http://www.youtube.com/watch?v=Zj20CzefMXk
Oleh: AUDREY LEE