Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

3 Kes Baru Positif...

SINGAPURA - Dua lagi mangsa disahkan positif Koronavirus di Singapura, menjadikan jumlah kes...

Monsta YouTube Network Melangkaui...

KUALA LUMPUR - Monsta YouTube Network telah merekodkan pencapaian yang mengagumkan apabila berjaya...

Warga Emas Teruja Dapat...

MELAKA - Setelah kira-kira 30 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, dua warga emas...

Chong Wei Jumpa Lin...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitungan...

VIDEO: Anggota Polis Gari, Pukul Orang Gila Di Alor Setar?

Video seorang anggota polis membelasah lelaki kurang siuman yang digari tangannya kini beredar di laman-laman sosial.

Dalam rakaman tersebar, kelihatan seorang lelaki bergari tangannya didudukkan di kerusi dan diasak pelbagai pertanyaan namun jawapan diberi kedengaran mengarut.

Bengang dengan jawapan diterima, lelaki dipercayai anggota polis melempang dan memberi lutut padanya hingga orang ramai menyuruhnya bersabar kerana lelaki itu ‘tidak betul’.

Kejadian dikatakan berlaku di hadapan gerai makan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah pada 5 September lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=Q98g7tRKrow

Mengikut komen seorang pengguna Facebook, lelaki bergari dalam rakaman ini yang merupakan saudaranya ditahan polis ekoran laporan penduduk dia sering merayau, membuang najis merata-rata dan masuk ke tandas awam perempuan.

polispukul2

polispukul3

Tambahnya dia tidak kisah jika polis menangkap saudaranya itu dan terus dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya bukan digari dan disuruh duduk dikelilingi orang ramai lalu dipukul begitu.

Rata-rata komen lain juga mengutuk kekerasan dilakukan kerana dia seharusnya dirujuk kepada pihak sepatutnya dan bukan diperlakukan begini.


polispukul1

Jika benar kejadian ini kami berasakan memang tidak patut pihak polis yang sepatutnya melindungi kepentingan awam melayan seorang yang sakit mental dengan cara ini kerana individu tersebut tidak sama seperti penjenayah biasa.

Betul juga kata warisnya, ke mana lagi lelaki ini mahu pergi kalau dah di situ tempat dia dilahir dan dibesarkan?

polispukul4

polispukul5

Cuma bila dia dah sakit sampai tahap begini, menjadi tanggung jawab keluarga sepatutnya mendapatkan rawatan kesihatan untuknya.

Manakala pihak polis bila dah terima aduan awam dan semua orang pun tahu lelaki ini tidak waras maka tangkap dan bawalah dia ke hospital mental, habis cerita.

Nak soal siasat dan pukul orang gila buat apa… cuba kalau kena pada keluarga sendiri?

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori