TUMPAT (Kelantan) – Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di sini, bukan sahaja masyarakat Melayu Islam yang mendiami daerah ini tetapi ia juga dihuni oleh masyarakat Siam tetapi warganegara Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.
Menurut Penasihat Persatuan Penganut Buddha Selangor Eh Pon Awang Din, kawasan Tumpat itu dahulunya merupakan sebahagian kawasan dalam jajahan Thailand sejak 1909.
Selepas persempadanan, wilayah itu kemudiannya berada di dalam Malaysia dan masyarakat Siam mendapat kemerdekaan bersama-sama dengan Parti Perikatan dan Malaysia.
http://youtu.be/VT35eHc_ffM
Dalam satu temubual eksklusif dengan Mynewshub.cc, Eh Pon yang juga bekas Penasihat Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor berkata kerajaan Perikatan yang kini dikenali dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sejak merdeka lagi, kerajaan BN yang merupakan kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan kami (Siam) di sini..Sejak merdeka kami diberi kemudahan, diberi pembangunan, pendidikan seperti orang Melayu juga.
“Jadi, orang Siam dan orang Melayu di kawasan Tumpat ini, kami seperti adik beradik, jadi pembangunan yang berterusan kita mahu diteruskan oleh kerajaan pusat,” katanya.
Mengulas mengenai jasa dan bakti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, Eh Pon berkata Noor Zahidi merupakan seorang tokoh ADUN yang amat dikagumi.
“Dahulu Arwah Datuk Zahidi merupakan seorang tokoh tempatan yang amat dikagumi, beliau turun padang setiap susah senang bersama masyarakat, tidak kira Melayu, Siam, siang malam,” katanya
Sebagai wakil masyarakat Siam di Pengkalan Kubor khususnya di sekitar kawasan Ju Bakar Darat, Eh Pon berkata beliau berharap calon BN, Mat Razi Mat Ail untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN di situ, akan memyambung terus jasa dan bakti Noor Zahidi untuk penduduk di situ.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN mendapat majoriti yang paling tinggi ialah di kawasan peti Ju Bakar Darat iaitu lebih 700 undi.
“Kami harap pengganti beliau ini, Ustaz Mat Razi akan meneruskan kesinambungan membela rakyat ini,” katanya.
DUN Pengkalan Kubor akan diadakan PRK esok bagi mencari pengganti Noor Zahidi selepas kerusi itu kosong kerana beliau meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.
Mat Razi akan berhadapan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K