Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pendakwah AS Puji Raja...

KUALA LUMPUR - Kegiatan berbasikal Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail...

Jabatan Perikanan Tahan 26...

PARIT BUNTAR - Jabatan Perikanan Perak menahan 26 bot dan peralatan menangkap ikan...

Pelajar Kolej Swasta Ditahan...

MIRI - Seorang pelajar lelaki dari sebuah kolej swasta di sini ditahan kerana...

Masjid, Surau Platform Terbaik...

JOHOR BAHRU - Masjid dan surau adalah platform terbaik untuk menyatupadukan ummah dan...

VIDEO: Bantal Kekabu, Dari Kedah Ke Amerika Syarikat

SEMBILAN tahun lalu, Zaidi Awang, pemborong bantal kekabu dari Kampung Kuala Ruman, Sik, Kedah tidak mempunyai pengetahuan langsung bagaimana menggunakan Internet mahupun menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaannya.

Namun, hari ini, dia menjual produk kekabu dalam talian dan menjana jualan bernilai RM1 juta setahun.

Memulakan ceritanya, Zaidi, 37, berkata, dia belajar bagaimana untuk menggunakan Internet dengan menghadiri bengkel di Pusat Internet 1Malaysia di kampungnya.

Apabila menguasai kepakaran internet, Zaidi mula mempromosikan bantal beliau di dalam talian menyebabkan lonjakan besar kepada jualannya.

“Selepas belajar untuk mengambil pesanan dalam talian, saya mula mendapat 10,000 pesanan sebulan berbanding 1,000 tempahan ketika saya menggunakan kaedah konvensional di masa lalu,” katanya memetik portal nst.com.my.

Zaidi mempromosi dan mengambil pesanan melalui laman web bshteguh.blogspot.com.

PIX: KREDIT HARIAN METRO

“Transformasi syarikat saya, BHS Teguh Enterprise bermula dengan inisiatif Wilayah Ekonomi Koridor Utara ini (NCEA) yang menjalankan bengkel untuk menggalakkan orang ramai mempromosikan perniagaan mereka menggunakan Internet.

“Sejak melancarkan web portal saya, produktiviti perniagaan meningkat banyak. Saya juga mempunyai pelanggan dari Amerika Syarikat,” kata Zaidi, yang membantu ibunya Bashah Saaidin, 71.


Zaidi adalah penerimaAnugerah KecemerlanganJalur Lebar2013,yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kisah mengenai Zaidi dan ibunya juga boleh dilayari di youtube. Klip cerita pendek ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mengenai bahan mentah, Zaidi berkata beliau mengimport kekabu dari Surabaya, Indonesia. Setiap bulan Zaidi memesan kira-kira 10 tan kekabu dengan kos kira-kira RM120,000. Kos pembuatan lain termasuk RM 15,000 bagi setiap 5,000 meter kain serta gaji untuk 11 orang pekerja.

Bantal Zaidi ini berharga antara RM25 dan RM40 dan dia juga menjual tilam dan bantal untuk bayi dan kanak-kanak.

Mengenai rancangan masa depannya, Zaidi bercadang untuk memiliki sebuah ladang kekabu komersil seluas 404 hektar di Malau, Jitra, tahun depan.

“Tanah itu adalah milik kerajaan negeri dan saya akan menyediakan kertas kerja ddan cadangan untuk pembangunan komersil kepada pihak berkuasa,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori