Sudah menjadi lumrah seorang bapa gemar bergurau dan bermain dengan anak terutama ketika mereka masih kecil.
Tapi bila gurauan dah sampai tahap keterlaluan dan mendatangkan bahaya ini dikongsikan kepada orang ramai, dah tentulah ia mendapat kecaman.
Itulah jadinya bila video seorang bapa pura-pura memasak bayinya di muat naik di laman sosial. Antara dialog dituturkan dalam rakaman ini adalah, “kami akan memasak ini untuk makan malam.”
Video dengan niat mahu berlawak ini akhirnya tersebar dan menimbulkan kontroversi di Arab Saudi. Si bapa dimarahi dengan teruknya oleh ramai orang kerana mengabaikan keselamatan anak.
Mana tidaknya, periuk dipenuhi timbunan sayur-sayuran dan diletakkan bayi di atasnya cuma diletakkan di atas tong gas yang tidak mustahil boleh terbalik bila-bila masa.
Ketika rakaman dilakukan pula, penutup periuk ditutup rapat beberapa kali membuatkan bayi berkenaan mungkin menghadapi kesukaran bernafas.
Sebenarnya dah banyak kali juga kami menonton video YouTube memaparkan sikap melawak orang Arab yang kadang-kadang di luar kemampuan akal kita untuk mencernanya tapi dalam hal keselamatan anak diharapkan tak ada kaum bapa Malaysia yang ikut perangai macam ini. – MYNEWSHUB
** Maaf – video berkenaan telah dipadam pihak Youtube.
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC